KLIK KLIK NUFFNANG

Thursday, May 5, 2011

CINNAMON ROLL



Petang tadi tiada siapa di rumah. Saya memang dah lama teringin nak buat Cinnamon Roll.

Hari ini baru dapat merialisasikan keinginan saya itu. Saya pun godek-godek lah di dapur. Seronok juga 

sendirian di dapur tiada gangguan dari Cik Lisa... bersih dan kemas ajer semuanya. Ada 'pembantu' ni 

kadangkala boleh menyebab kan dapur lebih ber kecah!

Tak payah la saya berceloteh lagi....mata pun dah susah nak terbuka....



 
Sungguh kaya dengan cheese dan semerbak bau kulit kayu manis...

Di makan waktu petang bersama secawan english tea...walllaaaa....


CINNAMON ROLL

BAHAN-BAHAN

BAHAN A

21/4 cawan tepung roti

1/4 cawan gula kastor

1 tsp yeast kering

1/2 cawan susu segar
( Suam)

secubit garam

2 tbsp butter/marjerine
( cairkan di dlm susu suam)

1 biji telur

INTI
BAHAN B

1/2 cawan brown sugar

2 tbsp butter

1 1/2 tsp serbuk kulit kayu manis


TOPPING
BAHAN C

100 gm cream cheese

1/2 cawan butter

1/4 cawan gula icing

sedikit garam


 CARA MENYEDIAKAN

1. Satukan semua bahan A dan putar menggunakan mixer sehingga doh sebati.
Perap sehingga adunan naik dua kali ganda.

2. Tumbuk-tumbuk aduanan untuk mengeluarkan angin. Canai doh membentuk segi empat tepat.

3. Taburkan bahan B yang telah di gaul rata dengan rata.

4. Gulung doh dan potong setebal 1 1/2 inci. Susun di dalam loyang yang tela di gris dan tutup dengan cling plastik. Perap sebentar lebih kurang 30 minit.

5. Sapukan permukaan doh dengan egg wash ( telur di pukul dengan sedikit susu) bakar selama 20-30 minit atau sehingga kekuningan di dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 160-C.

6. Sementara doh di bakar, satu kan bahan C dan putar sebati hingga menjadi krim.

7. Tuangkan di atas cinnamon roll yang masih suam.

* jika suka boleh taburkan kismis hitam.


No comments: