Saturday, April 16, 2011

KUIH LAPIS



Dah lama benar saya tidak membuat kuih lapis. Tergerak di hati ingin membuat kuih lapis ketika anak saya 

Lisa makan di sebuah restoran sewaktu saya dan suami serta Lisa bersarapan pagi.

Tetapi bila Lisa cuba ceraikan satu persatu lapisan kuih tidak boleh berpisah dan rasanya juga tidak lah 

berapa memuaskan hati.

Hari ini saya buat separuh adunan saja kerana saya ada projek lain untuk di selesaikan.

Tengahari saya melapis dan petang dah boleh makan. Cuma ketika saya potong kuih itu belum cukup sejuk 

maka tidak berapa cantik bila di potong.






Puas hati saya bila melihat Lisa menceraikan lapisan kuih dengan mudah. Anak-anak saya yang lain juga 

gemarkan kuih ini. Imran yang tidak berselera kerana demam dan sakit tekak pun mampu menghabiskan 

berpotong-potong kuih flet itu.....


KUIH LAPIS

BAHAN-BAHAN

1/2 Peket tepung beras

1 Sudu te tepung ubi

3-4 cawan santan

1 1/2 senduk gula

secubit garam

pewarna merah

CARA MEMBUAT:-

1. Panaskan kukusan masukkan 2-3 helai daun pandan. Alas loyang dengan palstik.

2. Satukan semua bahan kecuali pewarna . Pastikan setelah di campur semuanya dan bila di sukat ianya menghasilkan 4 1/2 cawan . Ini untuk memastikan kui tidak keras atau lembik.

3. Bahagi 2 batter  dan warnakan dengan warna merah satu drp nya.

4. Masukkan 3/4 cawan warna putih dan kukus. Saya ikatkan tudung kukusan dengan kain maslin supaya air tidak menitik.

5. Setelah dikukus lebih kurang 5 minit atau batter telah keras masukkan 1/2 cawan batter warna merah. 
Ulangi proses yang sama dengan sukatan 1/2 cawan hingga habis.


6 comments:

cikmanggis said...

salam Azian.Lama tak singgah kat dapur Azian ni.Maaf la tersangat sibuk.Cantik btol kuih lapis ni.Jika kuih lapis tak dapat buka selapi demi selapi rasanya kek lapis tu tak berapa sempurna..betul tak?

azian said...

Wkmsalam Cikmanggis,
Samalah kita sibuk bebenor...
Betul tu CM jika tak boleh pisah kan ia memang tak sempurna lebih2 lagi bila makan saya pun suka tarik satu-satu....

Sofea said...

Azian..cantiknya kuih lapis..very nice colour! :)

Kjee said...

1 sudu teh saja tepung ubi? resipi yang Yan bagi ni untuk separuh bancuh ker?

azian said...

Ya Kak Jee hanya guna 1 sudu saja dan resepi di atas untuk 1/2 adunan.

Kjee said...

ok yan. Kjee pelik sebab sikit sangat 1 sudu tu kan. takut silap taip. terima kasih. nak try sebab kesukaan anak dara saya.