Wednesday, April 27, 2011

GULAI SIPUT SEDUT


Assalamualaikum.....

Dah lama saya tak membuang masa di pasar malam. Kelmarin saya dan suami ke pasar malam mencari tauhu 

fah permintaan anak saya. Seronok sungguh bila nampak banyak sayur-sayur kampung di jual. Sempat juga 

saya capai siput sedut kerana anak-anak saya suka kan nya.

Teringat kan gulai lemak siput sedut saya teringat ketika saya tinggal di Keramat dulu....

Ketika saya mengandungkan anak yang keempat, saya selalu pergi ke sebuah restoran minang, Restoran Salim di LRT Keramat 

mencari gulai siput sedut dan sambal ikan bilis dengan petai.

Gulai Siput sedutnya ada ummmphh! cukup segala rasa . Pekat , pedas 'manis' membuatkan saya sering 

singgah kesitu sekembalinya dari mengambil anak pulang dari tadika.



Ini gulai siput sedut version saya....


GULAI SIPUT SEDUT

BAHAN-BAHAN

1/2 Kilo siput sedut

Santan dari sebiji kelapa
( ambil santan pekat shj)

14-16 biji cili api

1 Inci kunyit hidup

1 keping kecil asam keping

2 batang serai
(di titik)

1 helai daun kunyit

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Bersihkan siput sedut dengan menggunakan hampas kelapa.

2. Potong bahagian bawah siput sebanyak 1/4 bahagian. Cuci dan celur sebentar didalam air mendidih.
Angkat, siram dengan air sejuk dan toskan.

3. Tumbuk kunyit hidup dan cili api beserta sedikit garam hingga lumat.

4. Masukkan santan, serai dan kunyit hidup beserta asam keping. Masak hingga mendidih sambil di kacau selalu.

5. Masukkan siput tadi dan tambah kan garam jika perlu.

6. Masak hingga kuah agak pekat atau seperti agak berkilat.

Nota: Gulai siput sedut selalunya di masak bersama batang keladi. Saya tidak memasukkan apa-apa sayur kerana anak-anak tidak menyukainya. 




3 comments:

CT NoArIzAh ArIs said...

Anak & suami sy jg suka menu ni sronok tgk dyorg mkn tapi sy tak pandai menyedut tu pasal x makan lauk ni... ciannnnn sy huhuhu!!

izatmurni said...

anak saya pun suka makan siput sedut...tp saya masak letak labu, manis rasa sikit rasa pedas..labu adalah kegemarannya.

azian said...

CT NoArizAh Aris
tak pa jika ct tak makan sekali pun kerana bila masak pasti seronok tgk anak dan suami suka...

Izatmurni
Tentu sedap ya letak labu...anak 2 saya suka kedua2 nya...pasti dia org sukaaaa!