Tuesday, April 5, 2011

BUBUR CACA KELADI


Assalamualaikum. Saya memang penggemar bubur caca tetapi dalam rumah saya bila buat bubur caca hanya 

saya seorang saja yang makan. Hari sabtu yang lalu saya singgah Melaka Sentral untuk membeli gula melaka. 

Saya juga sempat mencapai tepung caca , skoteng, belacan dan juga keropok belinjau dari INA. Biasalah 

kan...tentunya untuk di buat gado-gado.Dalam perjalanan pulang singgah sekejap di rumah emak dan abah, saya 

tinggalkan juga tepung caca dan skoteng. Abah saya memang gemarkan bubur atau pengat. (agaknya saya 

mengikut dia) 

Kebetulan di rumah masih ada keladi yang saya beli tempohari cuma tiada keledek. Tak mengapalah kerana 

saya sendiri pun kurang gemarkan keledek. Semalam saya minum petang dengan bubur caca. Seronok 

sungguh kerana boleh makan puas-puas keladi dan caca sahaja. Kalau beli kat luar selalunya yang banyak 

hanya keledek putih ajer. 

Ketika bergambar saya masukkan buah ceri dan bila makan... wah!....sedap juga bila di tambah buah ceri....

Saya buat sedikit sahaja jadi tiada sukatan yang sebenarnya. Hanya agak-agak saja.





BUBUR CACA

BAHAN-BAHAN

Tepung Caca

Keladi

daun pandan

santan

secubit garam

gula.

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Cuci dan rebus tepung caca hingga empuk. Toskan

2. Potong kiub keladi dan rebus hingga hampir empuk .Toskan.

3. Masak santan bersama gula , garam dan daun pandan yang di simpul sambil di kacau selalu.

4. Apabila mendidih, masukkan tepung caca dan keladi. Kacau lagi hingga keladi benar-benar empuk.


* Jika suka boleh di tambah keledek warna berlainan dan sedikit sagu mata ikan.

2 comments:

Kak Rosaliza said...

Assalam azian..saya pun suka ngan bubur caca gini, kalo ada keladi lagiii umphhhh

Adiwieyah said...

Assalamualaikum, sodapnya bubur caca tu bila dihirup, Fie suka sangat bubur caca...dulu pernah buat...dah lama tak buat...nanti free boleh cuba resepi akak pulak..