Wednesday, February 9, 2011

Kerabu Mangga


Salam . Suatu ketika dulu saya dan beberapa teman-teman jiran sering ke Johnnys untuk menikmati Kerabu 

Mangga.Makan berebut-rebut seronok sangat. Lina, Yanti, Yati......masih teringat kenangan itu.

Tapi rupa-rupanya jiran sebelah rumah punya resepi kerabu mangga yang lebih mengancam dari Johnnys, bila 

di hulurkan kepada saya tempohari memang bersemangat nak mencuba. Maka saya risik-risik ... Thanks Azu for the receipe.

Kerana ingin mencuba saya telah membeli mangga muda tapi selama seminggu saya simpan di dalam fridge.

Bak kata orang belum sepenuh hati nak cuba. 

Semalam, saya  dengan rajinnya meracik semua bahan. Tak banyak pun kerana saya sekadar nak test ajer....

Menjadi tu memang menjadi tapi saya terlupakan pula satu bahan iaitu serai. Tetapi oleh kerana suami saya 

tak suka serai, kira ok jer la....macam yee sang katanya....

Oleh kerana ini kali pertama...macam biasalah akan saya godek untuk kali keduanya sehingga mendapat 

citarasa saya.




KERABU MANGGA

BAHAN-BAHAN

2 biji mangga muda*

2 batang serai*

2 batang bunga kantan*

1 biji kecil timun*
(buang empulur)

2 Biji cili merah*

4 biji cili api*
( tambah jika suka pedas)

2 Biji tomato*
(buang biji)

4 biji bawang merah kecil
(hiris nipis)

2-3 helai daun limau purut*

1/2 cawan kacang tanah
( goreng-buang kulit-tumbuk kasar)

1/2 cawan ikan bilis kecil
(goreng)

1 biji lemon/limau nipis/cuka

2 sudu gula

2 Sudu sos ikan

garam jika perlu 



CARA MENYEDIAKAN:-

1. Racik halus semua bahan bertanda *. (Gunakan penyagat halus)

2.Satukan semua bahan dan gaul rata.

3. Pastikan semua rasa masam, manis dan masin nya secukup rasa.


6 comments:

HALAMANKU said...

Salam Kak Azian...mmmm sedapnyer kerabu mangga.. lama x makan n x buat..join kak.. erma suker makan kerabu manggani... nampak sedap n menggiurkan.. nyum2

izahdaut said...

aduhaii sedapnya kak nampak kerabu mangga tu..cukup bebahan mmg la sedapppp dikunyah..makan ratah je pun sedap..menjejes air liur niha..haha

Cikguzam said...

salam kak azian,
alahai si ulam merah tu tringatttt nasi kerabu resipi bonda di kampung halaman,

cikmanggis said...

salam azian..nampak sungguh menyelerakan:)

KERI said...

Salam ziarah.
Tengok2 la.
Kakak saya punya resipi pun terangkat! Tapi saya pandai makan saja. Hehe

azian said...

Erma, jom kita makan sama-sama....hehehe

Cikgu Zam,
Memang sedap si bunga kantan tu....

Wkmsalam CM,
Selalunya org pompuan memang suka kan kerabu mangga ni kan....

Keri,
Ehh...korek-korek la resepinya....marilah kita share!