Saturday, January 15, 2011

Soft Bun



Salam. Saya mendapat resepi ini dari kedai baking product pasaraya Hero di Ampang ketika singgah ke situ sewaktu menghadiri 

jemputan kahwin di Dewan Dato Ahmad Razali Ampang ketika cuti sekolah tempohari. Seperti biasa suami 

saya tidak pernah bosan melayan kerenah isterinya ini yang suka singgah kesitu. Malah dia yang memberitahu 

ada resepi percuma yang diberi apabila ternampak notis yang di tampal.

Telah hampir sebulan barulah saya dapat melunaskan keinginan mencuba lebih-lebih lagi dah lama rasanya

 saya tidak 'meroti'. Anak-anak saya memang gemar makan roti panas-panas.

 Walaupun doh nya lebih kenyal 

sedikit dari resepi biasa yang saya guna tetapi hasilnya amat memuaskan. Mengikut resepi ianya hanya bun 

kosong. Memandangkan saya dapat 3 loyang maka hanya 1 loyang bun kosong dan selebihnya saya intikan 

dengan coklat dan kacang merah. 

Selamat mencuba!




SOFT BUN

BAHAN-BAHAN

500 gm tepung roti

60 gm butter

1 biji telur gred A
(50 gm)

237 gm air ais

7.5 gm dry yeast

10 gm full cream milk powder

5 gm bread improver

100 gm gula kastor



CARA MENYEDIAKAN:-

1. Satukan semua adunan dan uli sehingga doh tidak melekat dan licin.
( saya guna mixer)

2.Tutup doh dengan kain lembab dan perap doh selama 1 jam atau sehingga doh naik berganda.

3. Tumbuk adunan utk membuang angin.

4. Bahagi adunan dengan timbangan 40 gm setiap satu.( ikut suka)

5. Bulat-bulatkan dengan telapak tangan di atas meja/papan pencanai supaya permukaan bebola menjadi rata/smooth.

( Isikan inti jika mahu dan bulatkan kembali)

6. Perap bebola doh selama 1 jam. Sapukan egg wash ( telur+ sedikit susu) dan bakar pada suhu 160-C selama 15-20 minit.




Nota: Saya tambahkan buttermilk paste pada bun kosong.



4 comments:

Nieza said...

wah menarik tgk roti gebus ni nnati boleh cuba ni...tq for sharing:)

ayuharlina said...

betul gebu sungguh ... saya suka kumpul resepi roti... tepung roti boleh ganti denga tepung gandum... tak...

Anonymous said...

nak tanye ,yg telur tok sapu tu sebiji telur n susu ape ye...tq..(",)..

azian said...

Salam,
Nieza, cubalah...

Ayu,
Boleh...tp lebih elok jika gunakan tepung roti or high protein flour.

Anonymous,
Siapa pun anda tq singgah sini.
anda boleh guna susu segar atau susu sejat. Jika tiada boleh gantikan dgn air kosong ajer...