Wednesday, January 12, 2011

Pau Kari Daging n Pau Kacang Merah


Salam, Ini adalah kuih muih pertama yang dapat saya buat sejak bermulanya persekolahan. Jadual harian saya 

telah mula dapat saya susun agar saya punya masa untuk semua itu.

Memandangkan seluruh keluarga amat menggemari kuih pau dan kebetulan inti karipap masih berada di 

dalam frezer begitu juga stok Kacang Merah paste. Dulu saya sering menyimpan stok Pau Yik Mun yang 

terkenal dari Tanjung Malim tu. Tapi sejak keluar cerita mengenainya saya berhenti membeli. Lalu saya ikhtiar 

mempelajari resepi membuat pau dengan galakan suami.

Sebelum saya mengambil Lisa dari kindergarten saya perapkan dulu adunan dan sekembalinya dari situ anak 

saya Lisa seronok betul tgk adunan itu mengembang.

Seperti biasalah sudah pasti keluar ayat ini....' Lisa help ibu' Ya la tu..'help' eemmm......




Sedang saya mengukus pau suami saya pulang dan dah pekena 3 biji pau panas. Sedap katanya dan lebih 

lembut dari yang di jual di kedai...senyum simpul ajer laa...

Saya buat lebih sedikit dari biasa supaya boleh simpan untuk sarapan. Pagi ini saya hanya memanaskan 

sebentar pau tersebut dan masih lagi lembut. 




Pau Kacang Merah yang bertanda dengan warna merah. 

Saya hanya membuat 10 biji pau kacang merah tapi permintaan lebih dari itu.

Selalunya anak-anak lebih sukakan pau Kari Ayam/daging. Ini dah terbalik pula!



Inti Kacang Merah kegemaran Lisa....



PAU

BAHAN-BAHAN

250 gm tepung hong kong 

120 gm air

15 gm shortening

60 gm kastor sugar

7 gm  dry yeast

1/2 camca teh double action baking powder

secubit garam

CARA.

1. Gaul bersama tepung,gula, baking powder dan garam.

2. Masukkan yeast dan air. Pukul dengan mixer hingga menjadi doh. Masukkan shortening dan pukul lagi hingga adunan tidak berlubang bila di ambil sedikit dan di regangkan.

3. Rehatkan doh hingga naik 2 kali ganda.

4. Tumbuk doh dan bulat-bulatkan sehingga habis adunan mengikut sukatan yang sama setiap bebola adunan itu. Biarkan sebentar.

5. Isikan inti dan bulatkan semula. Lapikkan dgn tracing paper atau daun pisang. Biarkan adunan naik lebih kurang 20-30 minit.

6. Kukus di dalam kukusan yang telah di panaskan selama 10 minit.


7 comments:

hana said...

aduhai gebu bukan main....... geram nengok! mana nk cari tpg hong kong eh... adehhhhh

Anonymous said...

tepung hong kong tu tepung apa???first dgr nmanya

♥LOVE2COOK♥ said...

Pau kacang merah 5 bijik!!! :D

Subhie Arun said...

wow..sedapnya ..lama tak makan pau...kacang merah yg selalu fav i..gebu ...

azian said...

Salam,
Hana N anonymous,
Tepung Hong Kong tu selalunya utk buat pau dan ada dijual di kedai baking product.

azian said...

Love...pau siap! hehehe

azian said...

Subhie..
U kena try nih...