Friday, January 21, 2011

Kacang Buncis Goreng Bertelur


Salam , jom layan Kacang Buncis Goreng Bertelur. Antara sayur-sayuran kegemaran saya.



BAHAN-BAHAN

Secekak kacang buncis

1 biji cili merah*

2 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1 Biji telur

1 Sudu besar sos tiram

1/2 biji bawang besar

sedikit lada sulah, garam secukup rasa dan secubit gula.

CARA:-

1. Hiris bahan yang bertanda *.

2. Kocok telur dan goreng telur seperti membuat scramble egg . Angkat dan ketepikan.

3. Tumis bawang merah dan putih yang telah di hiris hingga kekuningan.

4. Masukkan kacang buncis yang telah dipotong dan juga sos tiram.

5. Masukkan sedikit air. Kacau rata dan masak sehingga sayur hampir masak.

6. Masukkan bawang besar yang di hiris kasar, lada sulah, sedikit garam dan gula serta cili hiris.

7. Gaul rata dan biarkan sebentar. Masukkan telur , kacau hingga sebati dan angkat.


2 comments:

Mr. Mama said...

feberettt mr.mama jugak nie.....

ima said...

nampak sedap dan senang nak masaknya..lehlah dicuba nanti...