KLIK KLIK NUFFNANG

Thursday, December 30, 2010

tRiFfLe




Pada mulanya saya mencari orange roll cake.Tetapi yang saya jumpa hanya pandan. Tak kira lah apa saja 

asalkan hasrat saya mahu membuat Triffle untuk makan-makan sewaktu menyaksikan perlawanan bola antara 

Malaysia dan Indonesia tercapai.

Memang bersemangat betul nak tengok bola malam ini padahal saya bukanlah peminat bola. Mungkin ada 

sebab tersendiri yang saya sendiri tak tahu mengapa . Sewaktu di sekolah dulu pun saya 

berminat tengok perlawanan bola kerana saya juga seorang pemain sekolah untuk bola jaring maka kami 

perlu bagi sokongan bila ada perlawanan.

Berbalik kepada Triffle, pada mula nya saya bercadang mahu menggunakan Orange Swiss Roll dan Peach in 

syrup seperti yang saya rasa untuk kali pertama dulu. Memandangkan hanya jumpa Pandan Swiss Roll maka 

saya guna Fruit Cocktail. Mudah membuatnya dan enak dimakan sejuk-sejuk. Rupa yang cantik sangat sesuai 

di jamu sebagai makan berdamai pengantin seperti yang saya buat untuk majlis perkahwinan anak saudara 

saya, Hafiz n Zura.


TRIFFLE

BAHAN-BAHAN

1 peket serbuk jelly
(guna warna yg sesuai dgn kek)

1 Roll Swiss Roll

1 Tin Fruit Cocktail
(asingkan syrup n buah)

Air secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Masak agar-agar dengan menggunakan syrup cocktail dan tambah air sehingga cukup 1 litter dan 200 gm gula hingga menggelegak.

2. Susun Swiss Roll yang telah dipotong di dalam mangkuk atau dessert glass. Taburkan buah-buahan cocktail. Tuang kan jelly sehingga menutupi cocktail. Sejuk dan bekukan. 

3. Tuangkan kastard di atas Jelly dan taburkan sedikit buah buahan. Sejukkan di dalam fridge sebelum di hidang.


KASTARD

1 cawan susu segar

1 cawan air

4 sudu besar gula

2 sudu besar tepung kastard.

CARA:-

1.Masakkan semua bahan di atas api kecil sehingga agak pekat.

2. Sejuk dan tuangkan di atas jelly.




2 comments:

HALAMANKU said...

Wah Kak Yan.. hidangan menonton bola... kalu erma x fokus tgk bola.. dah trifle sedap..nyum2 mkn sejuk2 sedap lalau kat tekak..

Subhie Arun said...

wow sedapnya triffle ,...kalau dap sesudu pun blhla..frst time here..like most of collections..glad to become ur next follower!
http://www.subhieskitchen.blogspot.com/