Thursday, December 9, 2010

Spagetthi Ala Kyros!


Bukan semua kiosk Kyros Kebab ada menghidangkan Spagetthi. Setiap kali ke Sogo di Jalan TAR pasti 

saya akan membeli Spagetthi Kyros tak kira makan di situ atau di bawa pulang. Rasa Spagetthi itu benar-

benar memikat ....Selalunya saya pilih yang mix iaitu dicampur daging, ayam dan kambing panggang.....

Kali ini saya berkira mahu membuat Spagetthi ala-ala Kyros itu. Tapi yang ada hanyalah daging burger dan 

crabstick saja.Apa yang ada aje laaa..... Lalu saya panggangkan daging burger itu di atas grill pan. Tak dapat 

sepenuhnya rasa seperti 

di Kyros Kebab sipi-sipi pun jadi ler....



SPAGETTHI ALA KYROS

BAHAN-BAHAN

1/2 peket Spagetthi
( celur , tos n letak sedikit butter)

4 Ulas bawang putih.
( di cincang halus)

4 keping daging burger
( di grill & di potong2)

4 batang Crabstick

2 batang sausage
(di hiris tebal)

Lada hitam

Oregano 
(serbuk/flakes)

Minyak zaitun

4 biji cendawan butang
(di hiris tebal)

CARA MEMASAK:-

1. Tumiskan bawang putih dengan minyak zaitun dan lebihan minyak mengrill daging burger hingga kekuningan. 

2 Masukkan cendawan butang dan sausage. Masak hingga agak garing.

3. Masukkan spagetthi , daging burger dan crabstick. Gaul rata.

4.Taburkan serbuk oregano dan lada hitam ( perlu lebihkan sedikit). Tambahkan garam secukup rasa dan gaul rata.

5.Angkat dan taburkan juga sedikit lada hitam dan oregano flakes.




Nota: sedap jika di tambah capsicum,tomato cherry, ayam dan seafood.


No comments: