Monday, December 13, 2010

Kerutuk Ayam

Lauk ni saya masak semalam sekembalinya dari Pasar Borong. Pada mulanya saya berkira mahu mengemas 

sedikit taman di halaman rumah. Kebetulan pokok tanduk rusa saya yang membesar segar kehijauan dengan 

juntaian ' tanduk' nya yang panjang telah runtuh akibat terlalu berat!

Tetapi akhirnya hanya suami saya seorang yang melakukannya. Biar dia yang lakukan sementara saya 

memasak....katanya.

Saya mula berjinak-jinak memasak kerutuk ini setelah mendapat stok rempah dari jiran sebelah rumah. Jauh 

dtg nya dari Kelantan dan bagi saya , rasanya sungguh berbeza dari rempah kerutuk biasa. Apa yang pasti 

bau jintan nya yang garing sering mengingatkan saya kepada jamu bersalin yang saya ambil ketika berpantang 

dan saya perolehi dari ibu angkat saya yang berketurunan Di Raja Medan. Ibu kepada jiran saya ketika 

tinggal di Keramat iaitu Chi chik. Jangan salah anggap jamu saya itu 

baunya enak dong!

Beginilah cara memasak Kerutuk Ayam yang saya gunakan.....


KERUTUK AYAM

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam

6 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

1 1/2 Inci halia

2 sudu air asam jawa

1 sudu makan gula nisan/kabung
( saya guna gula dari thai)

1 Mangkuk santan

3 Sudu makan rempah kerutuk

Rempah penumis

2 batang serai
(titik)


CARA MEMASAK

1. Bersihkan ayam dan toskan.

2. Bawang merah dan putih serta halia di bahagi kepada 2. Hiris separuh dan separuh lagi di tumbuk/kisar halus

3. Tumis rempah penumis iaitu pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang dihiris dan goreng kekuningan.

4. Bila kekuningan, masukkan pula bahan yang di kisar. Gaul rata dan masak hingga naik bau.


5.Masukkan rempah kerutuk yang dicairkan dengan sedikit air dan serai. Masak hingga rempah garing.
Kacau selalu supaya rempah tidak hangus.

6. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan pula santan dan gula nisan/kabung. Masak hingga pekat.

7. Bila hampir pekat masukkan garam dan air asam. 

8. Teruskan masak hingga naik minyak/pekat.


2 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

Sedapnye ayam tu kak!!! Love terliur tengok..huhuhu! :D

kak ina kl (1) said...

orang kata kalau beli rempah kerutuk kat pantai timur lagi sedap kan..
dah lama dah tak buat kerutuk ni.