Wednesday, December 29, 2010

Inti Karipap


Jika dah ada stok inti karipap bila-bila teragak nak buat karipap hanya perlu uli tepung nya saja. Itulah yang 

ada di benak fikiran saya semalam dan akhirnya terhasillah inti karipap ini. Kali ini saya menggunakan cara 

yang berbeza dari biasa saya gunakan. Ianya lebih kering dan enak.

Selain karipap inti ini juga boleh di gunakan untuk Pau, kuih dadar berlauk dan puff pastry. 





INTI KARIPAP

BAHAN-BAHAN


8-10 biji kentang besar

1/2 kilo daging cincang

1 1/2 peket rempah kari daging
(saya guna Babas)

6 biji bawang merah*

3 Ulas bawang putih*

1 Inci halia*

1 -2 biji bawang besar
(potong kiub)

Secekak daun sup
( daun sahaja-hiris kasar)

2 tbsp gula 

garam secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Cuci kentang hingga bersih. Rebus kentang bulat-bulat tanpa di kupas kulitnya beserta sedikit garam selama 40 minit. Tos dan sejukkan.

2. Kopek kulit kentang dan potong kiub kecil-kecil.

3. Kisar / tumbuk bahan bertanda * hingga lumat.

4. Tumis bahan yang telah di kisar hingga naik bau.

5. Masukkan rempah kari yang telah di cairkan dan masak dengan api perlahan sehingga rempah agak garing.

Tambahkan 1 cawan air dan masak semula rempah hingga naik minyak/garing. Masukkan garam secukup rasa dan juga gula.

6. Masukkan daging dan gaul rata. Masak daging hingga agak empuk.

7. Masukkan pula bawang besar dan masak hingga bawang agak layu.

8. Akhir sekali masukkan kentang gaul rata hingga benar-benar sebati. Tutup api taburkan daun sup gaul rata dan angkat.



2 comments:

HALAMANKU said...

Salam kak Yan... mmm suker karipap... nak sedap karipap mesti pada intinyer... memang best inti karipap akak ni...pppssstt t dah wat karipap jgn luper tau feberet tu...

Mas said...

kak azian, wat inti murtabak pun sedapp kak...cuma tambah bawang sikit dan telur jer...senang kan kak dah buat inti...macam2 kuih boleh jadi....