KLIK KLIK NUFFNANG

Sunday, December 19, 2010

Daging Goreng Halia


Salam bertemu kembali. Alhamdulillah kerana demam yang menyapa saya telah berlalu pergi. Mungkin inilah 

dugaan Allah dan ikhsan Nya juga untuk saya agar saya punya waktu untuk berehat secukupnya. Kali ini agak 

teruk juga saya menghadapinya sehingga tidak larat bangun. Nak makan di kedai pun tak terkeluar dari 

kereta yang mana akhirnya suami hanya membeli dan bawa pulang. 

Hari ini saya hanya masak simple-simple ajer. Oleh kerana selera makan memang merudum turun dan angin 

pun mula memenuhi badan maka saya masak Daging Goreng Halia yang mudah dan ringkas .

Masakan ini selalunya lebih enak jika daging di perap dengan sos tiram dan lada sulah semalaman. Tapi kali 

ini saya tidak berbuat demikian...



DAGING GORENG HALIA

BAHAN-BAHAN

500 gm daging biasa/btg pinang

2 Inci halia

4 Ulas bawang putih

1 Biji bawang besar

1 Biji Capsicum

Daun bawang

3 Sudu sos tiram

lada hitam
(saya tukar lada sulah)

1 sudu kecil minyak bijan


CARA MENYEDIAKAN

1. Hiris nipis daging dan rebus hingga empuk.Asing kan air rebusan daging dan isinya ( jika guna daging batang pinang tidak perlu rebus)

2. Hiris bawag putih dan halia nipis-nipis. Bawang besar pula di hiris kasar.Begitu juga Capsicum dan daun bawang.

3. Tumis bawang putih dan halia hingga agak garing. Masukkan daging dan gaul rata. Biar daging seperti bergoreng sedikit. 

4. Masukkan air rebusan dan sos tiram.

5.Taburkan Capsicum,lada hitam, garam secukup rasa. Gaul rata.

6. Jika perlu masukkan sesudu tepung jagung yang telah di cairkan supaya pekat. Gaul rata.

7. Akhir sekali masukkan Bawang besar , daun bawang dan minyak bijan. 

8. Jangan di biarkan lama di atas api. Gaul rata dan angkat.


Nota: Daging batang pinang lebih mudah empuk .


No comments: