KLIK KLIK NUFFNANG

Tuesday, December 28, 2010

Cupcake untuk Lisa


Projek saya sebenarnya mahu membuat tart shell untuk di buat Strawberry Cheese Tart. Cream Cheese dah 

lama saya beli tapi masih belum terusik di dalam fridge.Tetapi anak saya Lisa asyik dok menyebut nak 

Cupcake . Maka saya pun buatkan juga cupcake buat Lisa. Saya hanya membuat 1/2 adunan.

Dapatlah kira-kira 20 biji cupcake bersaiz kecil.

Kali ini saya buat coklat kek sebagai base cupcake. Resepi biasa saya guna untuk butter cupcake tetapi  kali 

ini saya hanya menambah sedikit coklat powder. Sebagai hiasan saya hanya membuat Butter Cream Icing  tidak 

menutup base nya kerana saya tak mahu anak-anak cepat rasa muak.


CUPCAKE

BAHAN-BAHAN

150 gm butter

120 gm tepung naik sendiri

120 gm gula castor

20 gm Coklat powder

2 tbsp susu segar

2 Biji telur gred A

Acuan kertas cupcake



CARA MENYEDIAKAN:-

1.Pukul butter dan gula hingga berkrim.

2. Masukkan telur satu persatu sambil di pukul.

3. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama coklat powder sedikit demi sedikit sambil di kaup adunan tersebut.

4. Masukkan susu segar dan kacau perlahan.

5. Masukkan kedalam acuan 3/4 paras acuan dan bakar selama 15 - 20 minit dalam kepanasan 160C di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu.



BUTTER CREAM ICING

100 gm gula icing

100 gm butter

100 gm shortening/ creamwell


CARA MENYEDIAKAN

1. Ayak gula icing.

2. Putar butter dan shortening/Creamwell hingga putih.

3.Masukkan gula icing dan pukul lagi hingga cream putih dan pekat.

Nota: Boleh guna salah satu samada shortening atau creamwell


No comments: