Friday, December 24, 2010

Cocktail Pudding


Ini projek saya semalam. Teringin nak makan manis-manis dan sejuk-sejuk. Kebetulan semalam saya 

membawa anak-anak pergi melihat-lihat pasaraya Carrefour yang baru saja di buka di Puchong 

Utama.Kebetulan ketika saya sampai ramai berkerumun menyaksikan pelakon Adi Putra dan Nanu 

Baharuddin sedang mempromosikan filem terbaru mereka, Haq. Anak-anak saya hanya memandang sekilas 

lalu kerana mungkin bukan artis yang diminati mereka. Sempat juga saya mencapai fruit cocktail setin dua...

Memang saya sukakan pudding cocktail yang lembut, manis buah dan terasa syrup buah-buahan nyer.

Membuatnya pun tidak susah, bak kata Kak Intan resepi main campak-campak ajer...

Setelah di sejukkan anak ke empat saya Imran asyik dok berulang buka peti sejuk...dia juga sukakan 

nya....hehehe. Mr hubby pun yang sememangnya tidak gemarkan dessert manis-manis turut berkata ok 

kerana hanya manis buah...




Memang enak lebih-lebih lagi apabila di tuangkan Sos Kastard di atasnya...


Cocktail Pudding

BAHAN-BAHAN

1 Tin kecil koktel
(asingkan air n buah)

1/2  peket serbuk agar-agar
(saya guna 5 gm)

1/4 cawan gula

1/2 tin susu evaporated

150 ml air

11/2 tbsp tepung kastard


CARA MEMASAK:-

1. Satukan susu,air, syrup koktel, gula dan serbuk agar-agar.

2. Didihkan di atas api sehingga  hampir mendidih. Kacau selalu kerana susu mudah berkerak di bahagian bawah.

3. Masukkan tepung kastard yang telah di cairkan dan kacau rata. Akhir sekali masukkan buah-buahan koktel. Kacau rata dan tuangkan kedalam acuan.

4. Sejukkan dahulu puding di luar sebelum di dinginkan di dalam peti sejuk. Makan bersama sos kastard.


Sos Kastard

BAHAN-BAHAN

1/2  tin susu evaporated

1 1/2 Cawan air

1/4 cawan gula

1 1/2 tbsp tepung kastad 

CARA:-

1. Masukkan semua bahan dan didihkan di atas api perlahan sambil di kacau. 

2. Sos kastard memang cair ketika di masak tetapi akan pekat sedikit ketika masih panas dan akan menjadi pekat setelah di masukkan ke dalam peti sejuk.



 

4 comments:

izahdaut said...

cantik cantik bentuk puding kak azian neh..yg ada sos kastard tu bial tengok telan air liyur je la ek.. hehee.. buat cam ni senang tak yah potong2 ek..akak, ni puding jenis tak boleh potong ke kak? ke boleh

haniQaseh said...

sedapnya makan sejuk2 kan...anak2 memang suka puding macam nie....

azian said...

Izah,
akak memang suka puding yg ada sos gini...
Puding mcm ni lebih cantik jika dibeku dlm acuan kecik2 sbb nanti bila potong buahnya bersepah dan puding ini agak lembut.

azian said...

haniQaseh,
memang anak-anak sukakannya...sbb bila masuk kedalam mulut terasa sejuknya...hehehe