KLIK KLIK NUFFNANG

Wednesday, November 3, 2010

MEE SEMPOI


Adakala kita rasa teringin nak makan sesuatu yang 'plain'. Selera saya hari ini begitu. Tidak mahu yang rumit 

untuk di buat plain tapi sedap dimakan. Teringatkan posting anak saudara dari SG ketika ramdhan tempohari. 

Kebetulan badan rasa berat aje hari ini...eerrrmmm malas lah tu! Memang cukup sempoi resepi ini dah cepat 

dimasak sedap di makan. Jom tengok macamana nak masak mee sempoi tuuuu....


MEE SEMPOI

BAHAN-BAHAN

1 Peket mee kuning
(cuci-tos)

4 Ulas bawang putih

Sotong ,udang, isi ayam, fish cake

Sayur-sayur
(karot, kobis, cauliflower -ikut suka)

2 cawan air

Kicap cair

2 tbs sos tiram

1 tbsp sesame oil

lada sulah/ garam

Cili, daun bawang, daun sup
(dihiris kasar)

Tauhu goreng
(potong ikut suka)

Bawang goreng

Telur dadar
(dihiris)

CARA MENYEDIAKAN

1. Tumbuk bawang. Tumis dengan sedikit minyak hingga kekuningan.

2. Masukkan air dan didihkan.

3. Masukkan sos tiram dan kicap cair.

4. Masukkan pula isi ayam. Biarkan sebentar.

5.Masukkan mee dan sayur-sayuran. Kacau rata dan biarkan mendidih.

6. Masukkan sotong, udang, fish cake dan sesame oil. Taburkan sedikit lada sulah/lada hitam dan garam secukup rasa jika perlu.Angkat.

7. Taburkan sayuran yang dihiris, tahu, telur dadar dan bawang goreng ketika menghidang.


1 comment:

HaSue said...

salam kak..mee sempoi nih nampak menyelerakan laa..pekena semangkuk sure kenyang lama..hehe