KLIK KLIK NUFFNANG

Friday, October 1, 2010

TAUGEH GORENG KICAP



Antara juadah makan malam kami sebentar tadi. Taugeh Goreng Kicap amat di gemari oleh Ikmal, anak saya 

yang ketiga. Jika di rumah atoknya sayur ini akan di makan bersama sambal belacan atok yang tiada 

tandingannya bersama ikan goreng/ ikan kembung rebus goreng. Pergh...Ikmal lah orang yg paling banyak 

makan dan tak pandang lagi lauk yang lain. Mungkin semua boleh masak masakan yang mudah ini tetapi saya 

tetap akan meletakkan resepi bagaimana untuk memasaknya agar suatu hari nanti ia akan dapat di jadikan 

rujukan anak-anak yang rindukan  cara masakan ibunya dan juga kepada yang sudi ingin mencuba silakan....


 BAHAN-BAHAN

300 gm taugeh
(buang ekor jika rajin)

1 batang karot
(potong spt btg mancis)

2 keping tauhu
(potong dan goreng)

2 Ulas bawang merah

2 Ulas bawang putih

1 biji cili merah

15-20 ekor ikan bilis kecil

1 sudu makan sos tiram

1 sudu makan Kicap manis

2 Sudu makan kicap cair

3 Sudu makan minyak masak


CARA MEMASAK

1. Hiris bawang merah, bawang putih dan cili merah.

2. Tumis bahan yang di hiris dan ikan 
bilis yang telah di cuci hingga naik bau wangi/ agak kekuningan.

3. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Masukkan pula karot.Gaul rata.

4. Masukkan kedua-dua jenis kicap dan tauhu goreng.

5.Masukkan taugeh, gaul rata dan angkat. Jangan masak taugeh terlalu lama kerana ia akan berair dan lembik.





No comments: