KLIK KLIK NUFFNANG

Tuesday, October 26, 2010

SKON TITIS aka PANCAKE

Sebenarnya pancake ini adalah bekalan anak saya Imran kesekolah, tetapi telah tertinggal . Itu sebab 

mengapa honey itu masih di dalam plastik.

Bercerita mengenai pancake ini, sebenarnya saya masih simpan resepi yang telah saya pelajari sewaktu di 

Tingkatan 1 lagi. subjek SRT yang saya minati.

Jika dulu sewaktu belajar di panggil Skon Titis tetapi sekarang ni kalau panggil macam itu tiada siapa yang 

kenal! Anak-anak memang sukakanya bila di makan bersama madu atau mapple syrup. Kadang-kadang saya 

makan bercicahkan kari ayam. Trylah sedap tau!

PANCAKE

Sumber : Buku masakan Azian Collections.

BAHAN-BAHAN

4 oz (120 gm) tepung

1 oz (30 gm) gula halus

1 oz( 30 gm) marjerine

1/2 camca teh cream of tar tar 

1/4 paint susu

1/4 tsp soda bikarbonat

1 biji telur

 CARA MENYEDIAKAN

1. Ayakkan tepung bersama cream of tar tar dan soda bikarbonat.

2. Ramaskan marjerine dengan tepung sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan gula dan gaul rata.

3. Buat lubang di tengah dan masukkan telur dan susu. Kacau adunan dengan cepat tanpa memukulnya.

4.Panaskan kuali leper dan griskan dgn sedikit merjerine.

5.Titiskan sedikit bater dan masak hingga bater berbuih-buih dan buih itu pecah di atas api yang kecil.

6. Balikkan dan masak hingga kekuningan.

7. Hidangkan bersama sedikit marjerine/butter, jem, madu, mapple syrup dll.



No comments: