Sunday, October 3, 2010

PAU GORENG SAMBAL



Cuaca yang tidak menentu membuatkan air kolam di halaman rumahku tidak sejernih yang mampu 

membuatkan sedap mata memandang. Suami dan anak kedua saya Amirul hari ini berganding bahu mencuci 

kolam. Nampak tak 'baby bath tub' kegunaan Lisa sewaktu kecil dulu tu, kini dah jadi tempat transit ikan-

ikan untuk memudahkan kolam di bersihkan.

Sementara mereka menyelesaikan tugas mereka saya memerap doh Pau Goreng Sambal untuk dijadikan sarapan 

pagi. Kebetulan sambal nasi lemak yang saya masak tempohari telah saya bekukan sedikit. 

Untuk resepi kali ini saya mencuba resepi dari Pn Raihan- Periuk Tanah. Puas hati dengan resepi tersebut dan 

saya buat hanya 1/2 adunan dan di bentuk kecil comel sahaja sebagai percubaan. Menggunakan doh yang 

sama saya bentuk bulat-bulat kecil dan salutkan dengan gula aising seperti donat untuk Lisa yang tak makan 

pedas. Pagi ini kami bersarapan di halaman rumah berirama bunyian air dikolam dengan suasana nyaman

kerana subuh tadi hujan telah turun.......





Pau Goreng Manis utk Lisa.


PAU GORENG SAMBAL

Sumber : Pn Raihan / Periuk Tanah

BAHAN-BAHAN

A

1 peket yis 11 gm

1/2 sudu makan gula

1 cawan air suam


B

5 cawan tepung gandum

2 biji telur

2 sudu merjerine

2 sudu susu tepung

1 sudu teh gula

1 sudu teh garam

1 biji kentang kecil
( rebus dan lecek)


CARA MENYEDIAKAN
(Ikut cara saya)


1. Satukan bahan A. Biar ia berbuih tanda yis aktif.

2. Masukkan semua bahan B kecuali mentega. Gaul rata.

3. Tuang bahan A kedalam B dan uli hingga menjadi doh.

4. Lumurkan mentega dan uli hingga adunan lembut.Tutup dengan kain lembab dan perap 15 hingga 20 minit.

5. Taburkan tepung di atas landasan dan

 canai sedikit doh setebal 1 cm dan terap dengan acuan mengikut besar yang di kehendaki.

6. Buat sehingga habis.

7. Doh yang di terap mula-mula tadi bolehlah di goreng di dalam minyak penuh dan api sederhana. Angkat, tos dan sejukkan.

8. Potong pau di bahagian tengah tetapi jangan sampai putus. 

9. Sapukan dengan sambal tumis dan letakkan sekeping timun yang di potong bulat nipis ditengah pau.. 
(saya potong sedikit di hujung timun biar kemas bila di letak)




2 comments:

cikmanggis said...

Teringin nak ada kolam camni..seronokkan....tapi bab cucu tu..hmmm berat sikit hehe

azian said...

Salam CM,memang seronok dan dapat merehatkan minda mendengar bunyian air tu. Anak-anak saya masih kecil tetapi sbb dah biasa dah tak jadi masalah lg.