KLIK KLIK NUFFNANG

Friday, October 8, 2010

NASI GORENG SEGERA


Hari ini hari Jumaat tanggal 8 Oktober 2010. Hari terakhir di bulan Syawal. Entah mengapa hari ini saya 

bangun seawal 4 pagi. Banyak aktiviti yang dapat dibuat. 

Mungkin dek kerana bangun terlalu awal mood saya hari ini menjunam turun. Selepas membuat Apam Dot 

Dot untuk anak saya bawa kesekolah sempena menyambut Syawal & hari kanak-kanak sedunia, terasa 

malas sungguh nak masak beria.

Kebetulan anak-anak masih lagi kekenyangan bersarapan tembosa dan jemput-jemput pisang. Bila anak-

anak dah pergi ke masjid untuk bersolat Jumaat , saya ke dapur mencari idea nak masak apa? Penyelamat 

yang paling berguna, Nasi Goreng . Itu pun saya pilih yang segera dan bolehlah saya baring-baring lepas ini.

Tetapi Allah tak merestui. Mendapat panggilan talifon dari anak keduaku Amirul yang mengatakan helmetnya 

di curi ketika bersembahyang Jumaat. Jadi saya kenalah juga keluar menghantarkan helmet lain .Kebetulan hujan 

turun membasahi bumi. Mungkin sempat lagi saya beristirehat kerana malam ini tak perlu masak kerana jiran 

belakang rumah mengadakan rumah terbuka.Seisi keluarga dijemput.So horay! bolehlah saya melayan rasa 

malas selepas ini......


NASI GORENG SEGERA

Sumber: Azian Collections

BAHAN-BAHAN

4 Cawan nasi

4 ulas bawang putih

2 batang sausage

4 batang crabstick

100 gm isi ayam

2 ekor sotong

Sayur campur
(saya x letak anak2 x suka)

50 gm butter/planta

Garam , lada sulah

1 sudu sos tiram

Kicap cair

2 Biji telur

CARA MENYEDIAKAN

1. Ketuk bawang putih dan cicang sebentar.

2. Tumis bawang putih dengan butter hingga garing. Masukkan isi ayam dan sotong yang telah dipotong.Taburkan sedikit lada sulah.

3. Masukkan Sos tiram dan kacau rata. Masukkan pula sausage, crabstick dan sayur campur .

4. Masukkan nasi dan gaul rata. 

5. Pecahkan telur di dalam kuali dan kacau selalu supaya telur masak rata.

6.Masukkan sedikit sahaja kicap cair.Gaul rata dan angkat.

7.Taburkan daun bawang dan cili jeruk. 



No comments: