Monday, October 18, 2010

KEK KARAMEL


Ha... akhirnya saya berjaya juga menyahut cabaran membuat Kek Karamel yang sedang hangat di laman FB- 

Kongsi Resepi. Bukan ada hadiah apa-apa pun tetapi teruja bila seorang demi seorang masukkan gambar 

kek masing-masing . Saya pula seakan terpanggil-panggil untuk mencuba resepi yang di postkan oleh Pn 

Munira Baharum itu. Nah! ini hasilnya.....

Tapi saya tidak mengikut resepi beliau 100%, sebaliknya saya gandingkan resepi dari MyR. 

Bahagian Kastard Karamelnya saya gunakan resepi MyR kerana saya lebih yakin dengan resepi tersebut dan 

bahagian keknya pula saya gunakan resepi yang di beri. Alhamdulillah apa yang saya kehendaki terhasil.

Apa pun thanks untuk mereka yang menyumbang resepi dan jika teman-teman tertarik jomlah kita buat Kek 

Karamel pula. Sungguh enak dimakan setelah disejukkan dalam peti ais.

KEK KARAMEL

Sumber : MyR  & Kongsi Resepi

BAHAN-BAHAN

KARAMEL

60 gm gula 

2 Sudu air

KASTARD

500 ml susu segar

70 gm gula kastor

4 biji telur

Sedikit esen vanila

KEK

140 gm tepung gandum

secubit baking powder

3 biji kuning telur

70 gm gula kastor

135 gm air

45 ml minyak masak

MERINGUE

6 biji putih telur

70 gm gula kastor

1 tsp cream of tartar
( saya gantikan dgn lemon)

CARA MENYEDIAKAN

1. Griskan loyang dengan sedikit butter. Panaskan oven 160 -C.

2. Masak gula dengan api perlahan untuk membuat karamelnya sehingga menjadi perang kekuningan. Masukkan 2 sudu air dan kacau hingga gula larut.

3. Tuang kedalam loyang tadi.

4. Satukan kesemua bahan untuk membuat kastard dan kacau perlahan agar tidak berbuih.Tapis dan masukkan kedalam loyang ber karamel tadi.

5. Pukul putih telur , lemon dan gula hingga betul-betul kembang. Biarkan.
( Telur tidak jatuh jika diterbalikkan mangkuknya)

6. Satukan semua bahan membuat kek dan pukul hingga kembang.

7. Masukkan putih telur kedalam adunan kek dan gunakan sudip kayu/spatula untuk kaup balikkan ia. Jangan terlebih memukul pada step ini kerana akan membuatkan kek bantat.

8. Bahagikan kepada pilihan warna dan perisa yang di kehendaki.( saya guna strawberry paste dan sunkist paste)

9. Ambil sesenduk sebarang warna dan letak di tengah. Letak pula sesenduk yang lain di atas warna pertama dan begitulah seterusnya hingga habis. 

10. Jika ingin lebih berselerak warnanya ambil lidi sate atau chopstick dan benamkan hingga kebawah sambil di tarik seperti membuat garisan.

11. Bakar dengan cara water bath selama 1 jam. Gunakan api atas bawah.

12. Terbalikkan apabila kek telah sejuk. Masuk kan kedalam peti sejuk untuk lebih enak dan tahan lama.



8 comments:

Yatie said...

Salam Azian,
Cantik,menarik dan tertarik tngk kek karamel ni....sukanya tngk....kalau dapat rasa, alangkah bahagianya....ada lagi ke tu...naakkkkk...

Dahlia Nawi said...

aduh tak tahan tgk karamel tu..msk peti ais sedap kut ek...

azian said...

Wkmsalam Yatie,
tu lah geram tgk lepas seorg2 kat Kongsi Resepi buat...tak boleh jd kena try jugak. Alaaa....kek ni kejap aje habisnya......

Salam Dahlia,
Memang betul, masuk peti sejuk lg sedapppp....

mamasyipah said...

salam Azian.. cantik kek tuu pasti sedapkan.. tapi mama buat kek napa selalu naik tak sama rata eh. kdg2 merekah pulak tuu geram betul laa boleh bagi tip kat mama.bakar kek guna api bwah tak..mama guna oven jenis zanussi..

azian said...

Mama,
Wkmsalam. Selalunya ia berkaitan dgn kadar liquid dlm kek jg kepanasan oven.
Kek tu memang guna api atas bawah. Begitu jg kebanyakan kek yang lain.

Anonymous said...

sgt teruja tgk kek karamel ni..bru nk blajar wt kek.mohon tunjuk ajar,adunan kek yg dh siap tu tuang kt atas kastad yg ada karamel n bakar sekali ke?:)

azian said...

Anonymous, ya begitulah caranya.

ladyzamea said...

sedapnya.....segar bijik mata bila memandang..apatah lg kalau dapat ngap!!!!