Wednesday, September 15, 2010

KEK LAPIS ASAM MANIS


Salam Aidil Fitri. Telah hampir seminggu kita meraikan Aidil Fitri dan kini barulah berkesempatan untuk saya 

bersantai mengadap lappy. Tentu macam-macam juadah telah di masak untu tetamu dan keluarga. 

Semalam saya berkesempatan untuk membaking. Untuk mengimbau kenangan lalu saya membuat Kek Lapis 

Asam Manis (gambir) yang sering saya buat ketika zaman remaja dulu. Puas sudah saya melayari internet 

mencari resepi yang pada pendapat saya sesuai di cuba.Akhirnya saya memilih untuk menggunakan resepi 

yang sering saya guna sejak dulu lagi cuma kali ini saya kurangkan sukatan gulanya dan selalunya saya 

menggunakan kaedah mengukus tetapi kali ini saya bakar.

Kek Lapis Asam Manis kegemaran  ibu saya.


KEK LAPIS ASAM MANIS

Sumber: Azian Collections

BAHAN-BAHAN

8 Biji telur

1 Bar butter

2 1/2 Cawan gula halus 
(saya guna 1 1/2)

1/2 Tin susu pekat manis

300 gm biskut marie
(kisar/ayak)

Asam manis secukupnya

Pewarna

2 camca teh baking powder 

1 camca teh esen vanila


CARA MENYEDIAKAN

1. Pukul telur hingga kembang.

2. Dalam bekas berasingan pukul butter dan gula hingga kembang.

3. Masukkan telur yang telah dipukul tadi dan pukul lagi.

3. Masukkan pula susu pekat dan vanila. Gaul rata.

4. Masukkan biskut sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.

5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk di warnakan mengikut warna pilihan.

6. Bakar lapisan pertama dengan api atas bawah selama 3-4 minit. Angkat dan ratakan warna yang sama dan susun asam manis.Bakar dengan api grill atas sahaja selama 2-3 minit 160 C.

7. Ulangi proses yang sama sehingga habis dan untuk lapisan terakhir tukar kepada  mode api atas bawah.

8. Sejukkan betul-betul baru di simpan.




5 comments:

Anonymous said...

hanya orang yang sabar je, blh buat kek lapi kukus ni.hehe

Azian Nd said...

Dahlia,
setahun sekali bolehlah belajar bersabar dgn buat kek lapis...hihihi...

Cikgu Zam said...

salam kak azian
melihat kepada kek lapis tu, teringat pada bonda di laaman kampung, bonda saya pakar gak buat kek tu, aduhhhhhhh rinduuuuuuu

Unknown said...

salam ...akak pun belajar dari orang lain..sharing is caring.

akak nak cuberlah buat kek lapis ni..nanti minta izin c and paste yer

HALAMANKU said...

mmm kak Yan tabik spring... hu hu hu erma x pernah melapis lagi kecuali.. wat kuih pangsa itupun ngan mak he he he.. akak ader lagi tak.. nak juga.. sedap tu..