Thursday, August 26, 2010

LEMAK KETAM DENGAN CENDAWAN


Pada mulanya saya memang cuba menggelakkan dari memasak ketam. Bukan kerana apa, anak-anak mengalami 

eczema dalam keadaan cuaca panas begini. Tetapi kesukaan anak-anak membuatkan saya tak sampai hati 

dan kebetulan ketam di kedai itu agak 'cantik-cantik' belaka. 

Apabila di tanya kepada anak ke3 saya yang merupakan pengemar tegar ketam,maka jawabnya "ibu masak 

lemak atau kicap kering-kering"

Akhirnya masak lemak jadi pilihan dan kebetulan ada stok cendawan  maka saya masukkan kedalam masak 

lemak itu. Memang sedap dengan manis ketam 

dan manis cendawan. Cukup serasi.  Saya gorengkan sayur Kailan dan ayam goreng sebagai 

gandingan.Anak-anak begitu berselera berbuka hari ini.



LEMAK KETAM DENGAN CENDAWAN

Sumber: Azian Collections

BAHAN-BAHAN

15 Biji cili api

Santan pekat rm 2

1 Inci kunyit hidup

2 Batang serai
(dititik)

Cendawan tiram

1 keping asam keping

CARA MENYEDIAKAN

1. Tumbuk kunyit hidup dengan sedikit garam hingga halus. Masukkan cili api dan tumbuk halus.

2. Masukkan bahan yang ditumbuk, serai dan santan. Masak hingga mendidih sambil di kacau selalu.

3. Masukkan cendawan , ketam dan asam keping. Tambahkan garam secukup rasa.

4. Masak hingga ketam cukup masak. Angkat.




4 comments:

CIKGU ZAM said...

salam kak,
wahh sedapnyeee, pasti gembira anak akak tu, hajatnye selaku pengemar tegar ketam dilunaskan.
Ohya dijemput utk manikmati sedikit juadah di laman saya

Chik Att said...

nak buat gak .....
otak blurrr tak tau nak masak apa....

Dahlia Nawi said...

cedappnyee.
dh lame tak mkn ketam
takpe kita nk balik kg dh.blh mkn mcm2

emunnn said...

sedapnye letak cendawan..nak try jugak laa..