KLIK KLIK NUFFNANG

Friday, July 16, 2010

SIZZLING MEE



Jadual semalam agak ketat sedikit. Selepas mengambil anak-anak pulang dari sekolah aku makan tengahari di 

Restoran Baser Bandar Puteri. Bukan selalu dapat membawa anak-anak ke situ di waktu-waktu tengahari 

begitu kerana waktu yang terhad untuk anak kempatku ke sekolah agama pula sebelah petang. Semalam 

Imran minta 'cuti' kerana kepenatan menjadi penyokong di Stadium Seri Kembangan sempena sukan 

sekolah-sekolah Asean ke 2.


Tengoklah telur 3/4 masak yang  seksi tu......


Malam pula aku memilih untuk makan mee saja. Kebetulan mee telur (Yee Mee) ada di dalam simpanan 

maka aku pun buatlah Mee Sizzling. Hanya kami berlima saja yang makan kerana suamiku ada dinner di luar.

Puas betul kami menikmatinya dengan ayam yang banyak, telur 3/4 masak dan untuk aku tentunya cendawan 

kering yang selalunya tidak puas dimakan bila makan di luar.

Tidak jauh beza membuat Sizzling Mee dengan Mee Hailam .Kalau main campak-campak pun boleh 

menjadi. 

Tak percaya cubalah.....

SIZLLING MEE
Sumber: Azian Collections


BAHAN-BAHAN

1 Peket Yee Mee

Ayam
(potong kecil-kecil)

4-6 Ulas bawang putih
(tumbuk)

2 Inci halia
( hiris)

3-4 Keping Cendawan kering
(rendam hingga lembut)

1/2 cawan kicap pekat

4 Sudu besar kicap manis

3 Sudu besar sos tiram

1 kiub ayam

Cornstarch

2-3 tangkai cili kering

Sayur-sayuran
(Sawi, karot, jagung muda)

Air/stok ayam secukupnya

1 Sudu besar minyak bijan

Telur


CARA MENYEDIAKAN

1. Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan.

2. Masukkan air/stok ayam. Masukkan pula kicap ,sos tiram dan cili kering.

3. Bila mendidih masukkan ayam dan cendawan. Masak hingga ayam lembut.

4. Masukkan cornstarch secukupnya mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki.

5.Masukkan pula sayur-sayuran.Apabila sayur-sayuran hampir layu masukkan pula minyak bijan dan kacau rata.

6. Pecahkan telur dan masukkan mee. Jangan di kacau untuk menggelakkan telur pecah.

7. Hidangkan bersama cili jeruk atau cili api potong dan taburkan bawang goreng.




1 comment:

wana said...

salam....
Sedapnya kak mee sizzling ni... my hubby ngan anak2 saya suka sangat mee ni.....