Wednesday, July 7, 2010

SERIMUKA


Agak lama tidak menyumbang N3 terkini di laman blog ku ini. Agak rindu juga untuk menulis. Minggu lalu aku 

di duga dengan satu kejadian. Beg tanganku di ragut di hadapan rumah. Kebetulan ketika itu aku berada di 

dalam kereta menantikan anak sulongku membawakan beg itu dari dalam rumah. Ketika anakku ingin masuk 

ke dalam kereta beg tangan ku telah di ragut dari belakang. Bukan jadi hak ku lagi....wang tunai, kad 

pengenalan anak ku dan kamera kesayanganku antara yang hilang. Maka itulah antara sebabnya mengapa 

tiada N3 terbaru. Gambar-gambar yang kuambil semuanya hilang.

Anak sulongku dengan sukarelanya meminjamkan kameranya . Tetapi masalah baru pula mendatang. 

Lappy ku terkena air aircond yang menitik ketika tidur. Nasib baik boleh di gunakan lagi setelah di keringkan 

tapi port untuk disc F nya pula rosak. Aku tak bolehlah nak upload gambar!...hai macam-macam...........

Apa pun sempat juga aku mencuba resepi serimuka dari blog seorang teman. Amat memuaskan hati dan kali 

ini aku tidak menggunakan pewarna tiruan sebaliknya kugantikan dengan pandan serani (pertama kali 

mencuba walaupun telah lama tahu). Warna hijaunya begitu cantik. Untuk resepi sila klik blog Manis Mulut


Bahan-bahan bawah:

3 cawan beras pulut
21/2 cawan santan
2 camca garam

Cara-cara:

1. Bersihkan beras pulut
2. Masukkan garam kedalam santan, kacau sampai garam larut
3. Masukkan santan kedalam pulut. Ratakan. Santan hendaklah sama rata atau cukup untuk menutupi pulut.
4. Kukus hingga masak.
5. Kemudian, tekan-tekan sedikit pulut yang telah siap dimasak ini.


Bahagian lapisan atas pulut. (boleh disediakan semasa pulut sedang dikukus)

Bahan-bahan

4 biji telur
11/2 cawan gula
4 camca besar tepung gandum
10 auns santan
10 auns air pandan (6 helai daun pandan campur 1/2 camca kecil jintan manis)
sedikit pencelup hijau

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.
2. Tapiskan.
3. Kacau sekejap diatas api sehingga naik wap. Jangan terlalu lama.
4. Kemudian tuangkan ke atas pulut tadi. Kukus semula sehingga masak.

Resipi ini elok dalam loyang segi empat 10" x 10" 


6 comments:

ain said...

salam kak yan. kesiannya akak kena ragut. Alhamdulillah, akak n anak tak di apa2 kan. Bila lah masalah ragut ni akan berakhir kan.

apa2 pun, cantik sungguh serimuka kak yan tu. mmg cantik kale ijau tu. lembut memikat! gtee sedap la.

azian said...

wkmsalam Ain,
ya lah...selalu aje ada kes ragut.
Akak memang puas hati dengan kaler hijau dari pandan serani tu......cubalah...sedap tau!

CIKGU ZAM said...

salam kak azian,
Alhamdulilaah, seserimuka dengan wajah empunya laman

Lovely Kitchen said...

Salam kak yan...
terkejut baca ttg akak kena ragut depan umah sendiri...nasib baik x apa2 kan..nilah yang paling takut kat mesia kes ragut x habis2...rasa lebih selamt dok kat jepun ni haa....apa pun take care ye kak..
cantik lah serimuka akak tu...mesti harum baunya guna air daun pandan....pssstt : kak pandan serani tu camna lak?

azian said...

Wkmsalam Cikgu Zam,
hahaha berserikah wajah ini....Alhamdulillah.

azian said...

Salam E-na,
Takut memang takut tapi nak buat mcmana...
tekanan hidup mungkin membuatkan aktiviti ragut semakin menjadi...
Pandan serani tu sejenis pokok mcm pokok puding berwarna hijau. Hanya guna 2-3 helai saja & di kisar bersama daun pandan. Nak tunjuk gambar akak tiada pokoknya.