KLIK KLIK NUFFNANG

Wednesday, July 28, 2010

ROTI JOHN BERSAUSAGE



Sarapan untuk hari minggu yang lalu. Kebetulan seisi keluarga berada bersama untuk menikmati sarapan dan 

melakukan aktiviti mencuci kolam  ikan di halaman maka  aku membuat Roti John Bersausage yang menjadi 

kegemaran anak-anak. Dimakan bersama keropok udang. Emmmmm nyum nyum......

Jika di bulan Ramadhan inilah makanan yang banyak di jual dan menjadi kegemaran anak-anak.  Mungkin ini 

jugalah yang akan menjadi menu 'kerap' dirumahku pada bulan puasa nanti. Kali ini aku tambahkan sausage. 

Jika ingin lebih umph taburkan  Cheddar cheese/ mozarella ketika hampir masak.Tetapi tiada stok cheese 

atau mozarella di rumah maka aku lebihkan mayonise saja.

Seharusnya lada hitam diletak lebih sedikit agar "berasa' tetapi di rumahku ada yang sensitif lada hitam maka 

aku hanya letak sedikit saja.


ROTI JOHN BERSAUSAGE
Sumber : Azian Collections

BAHAN-BAHAN:

1 Peket roti hot dog/ baguette

200 gm mince beef/chicken

5  Batang sausage

1/2 Peket rempah daging

3 Ulas bawang merah

2 Ulas bawang putih

1 Biji bawang besar

3 Biji telur

Lada hitam

Garam

Marjerine


CARA MEMBUAT:-

1. Tumbuk bawang putih dan merah hingga lumat. Potong sausage serong dan nipis-nipis. Bawang besar dipotong kiub kecil.

2. Tumis bawang bersama sedikit marjerine hingga garing. Masukkan rempah daging dan sedikit air. Masak hingga naik minyak.

3. Masukkan mince beef/chicken dan masak sehingga empuk. Tambah air jika perlu.Masukkan Sedikit garam.

4. Angkat dan sejukkan sebentar.

5. Didalam mangkuk, Pecahkan telur. Masukkan mince beef yang telah dimasak tadi , garam dan sedikit lada hitam.

6. Diatas kuali leper, lengserkan sedikit marjerine. ratakan bancuhan dan susunkan sausage. Tekapkan roti yang telah di potong dua tidak putus.

7. Taburkan Cheese / mozarella.

8.Terbalikkan roti dan masak sebentar. Angkat. Sapukan mayonise dan cili sos.


Selain itu aku sempat juga membuat kuih kegemaran Lisa ...jeng jeng jeng





No comments: