KLIK KLIK NUFFNANG

Sunday, May 30, 2010

SUP MERAH GEAR BOX



Memandangkan pagi ini hujan turun menyejukkan bumi , aku dan suami mengambil keputusan untuk ke Pasar Borong memandangkan plan sebenarnya berjogging di Taman Riadah Bukit Jalil terbantut.
Kali ini aku sempat membeli tulang gear box. Sebenarnya pada kunjungan yang lalu aku memang telah merancang ingin memasak sendiri gear box. Tetapi terbantut kerana kehabisan stok.
Pulang dari Pasar Borong Selangor aku meminta suami mencuba jalan lain iaitu melalui Puncak Jalil.
Memang agak berubah keadaan di situ berbanding sewaktu aku dan suami 'mengexplore' jalan itu beberapa tahun yang lalu.
Memandangkan ada di antara anak-anakku yang belum pulih betul dari 'chicken pox' maka kami tidak ke mana-mana cuti selama 3 hari ini. Bila sentiasa berada di rumah tentulah asyik makan aje. Jadi hari ini aku tidak akan masak nasi!. Maka tulang gear box itu ku masak sup merah dan pastinya dimakan bersama Baguet.

BAHAN-BAHAN

4 ketul tulang gear box
(rebus bersama 2 inci halia )
(aku guna presure cooker)

2 biji kentang
( rebus & lenyek)

10 Ulas bawang merah

5 Ulas bawang putih

1 peket rempah masak merah
(aku guna Brahim)

1 peket rempah sup

Rempah bunjut utk tulang

1 tin kecil tomato pure

Daun ketumbar

Garam & gula

CARA MEMASAK

1. Kisar bawang merah dan bawang putih.

2. Tumis bahan kisar hingga agak garing. Masukkan rempah masak merah , sup bunjut dan rempah sup. Masak hingga naik minyak. 

3. Masukkan tomato pure dan tulang gear box  bersama airnya dan kentang yang telah dilenyek..

4. Masukkan daun ketumbar , garam dan gula secukup rasa.

5. Biarkan menggelegak atau sehingga sup agak pekat. 

Nota: Gula perlu digunakan lebih sedikit untuk menstabilkan rasa masam tomato pure


No comments: