Friday, May 14, 2010

SAMBAL KUINI







Dua minggu yang lalu aku dan suami telah ke Pasar Tani Shah Alam yang terletak di tempat letak kereta Stadium Melawati Shah Alam. Memang aku ada berasa ingin menikmati buah kuini sejak beberapa hari ni. Seronok sungguh bila jumpa buah kuini yang di jual bersama sayur kampung .
Setelah membeli aku pun round meninjau berbagai barang yang di jual. Semuanya ada!
Selang tiga hari kemudian baru aku teringat ada menbeli buah kuini. Lalu aku menalifon suamiku di opis bertanyakan ada bau kuini tak dalam keretanya. Jawabnya tiada. Ah! sahlah tertinggal di pasar tani tempohari. Memang bukan rezekiku nak makan cuma rezeki nak membayar aje....
Semalam sedang masak didapur suamiku pulang dengan membawa buah kuini yang di beli di pasar malam Kinrara. 
Apa lagi bila dah ada, baunya begitu mengamit-gamit. Hari ini aku membuat sambal belacan letak kuini. Sambal yang sering di buat oleh emak ku dulu-dulu. Di lawan bersama kari ikan tenggiri, sambal tumis udang dan ulam gajus. Uhh...tak sedar aku dah terlebih makan!

SAMBAL KUINI

BAHAN-BAHAN

3 Biji cili merah

2 Biji cili api
( tambahkan jika suka pedas)

1 Inci belacan 
(dibakar)

Sedikit garam & gula

1 Biji kecil buah kuini
( Buang kulit & racik halus)

CARA MEMBUAT

1. Tumbuk kesemua bahan kecuali bnuah kuini hingga hampir lumat. Masukkan buah kuini yang telah di racik dan tumbuk sebentar saja agar buah tidak lumat.




3 comments:

ain said...

mak aiii...sedapnya menu lauk!!!

salamdariborneo said...

salam...
emm sedapnya sambal kuinin,terus teringat mak di kampung...

azian said...

Salam Ain,
Itu menu tgh rajin. Sampai anak pun tanya kenapa ibu masak mcm ni? hehehe....

Salamdariborneo,
Memang sambal tu org lama rajin buat.Samalah kita, ingat sambal kuini ingat emak....