Tuesday, May 18, 2010

SAMBAL TUMIS UDANG


Udang akan menjadi pilihan utama untuk di buat sambal berbanding sotong jika mengikut citarasa isi rumah ku. Memang selalu aku memasak udang bersambal begini tapi baru kali ini memasukkan ke dalam blog ku ini.
Sebagai  rujukan kepada anak-anakku suatu hari nanti atau kepada sesiapa saja lah yang mahu tahu bagaimana aku memasak sambal tumis udang.
Selalunya sambal tumis udang ini adalah sebagai pelengkap kepada sesuatu menu hidangan yang berkuah. Ianya juga enak di masak bersama roti atau nasi lemak.
Beginilah cara aku memasak nya. Setiap orang ada cara tersendiri atau sama dengan caraku. Bolehlah mencuba yang mana satu idaman kalbu....

BAHAN-BAHAN

1/2 kilo udang
( buang ekor dan kepala.
biarkan kulit pd bahgian tgh nya saja)

4 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

10 tangkai cili kering*

1/2 Inci belacan*

1 labu bawang besar
(potong bulat)

Garam & 2 camca teh gula

2 Sudu air asam jawa

CARAKU

1. Kisar bahan yang bertanda*.

2. Gaul udang yang telah dibersihkan dan di tos bersama garam dan sedikit kunyit.

3. Goreng udang sebentar  dan angkat.

4. Di dalam minyak yang sama, tumis bahan yang telah dikisar hingga berbau wangi dan agak garing.

5. Masukkan garam, gula, air asam dan bawang besar. masak sebentar atau sehingga pekat sedikit.

6. Masukkan udang. Gaul rata dan masak hanya sebentar saja. Angkat dan hidang.




3 comments:

ain said...

saya pun suka udang buat sambal. tapi hubby n anak2 lbh suka sambal tumis ikan bilis.huhu

azian said...

Ye lah Ain, satu rumah pun tak sama citarasa.
kita ni tukang masak yg kena pikir semua tu....
Apapun sekali sekala masak aje apa yg kita suka!

CIKGU ZAM said...

salam,
my favourite too.(",)