Thursday, April 29, 2010

SAMBAL SOTONG DAN TAHU



Masakan ini ku masak sebagai gandingan kepada gulai ayam dgn nangka semalam.Memang telah lama benar tak masak sotong. Dalam pada itu aku juga teringin nak makan tahu. Sebagai jalan mudah kugandingkan sotong dan tahu dalam satu masakan. Emmm... sedap!
Memang setiap kali masak sotong bersambal aku lebih gemarkan yang tidak berkuah. Anak-anak juga tidak memberikan sambutan yang menggalakkan kepada jenis yang berkuah itu. Apa pun resepinya sama saja dengan yang sebelumnya. Tapi sekarang ini mood rajin ada, jadi aku catatkan jugalah di sini semula.....

BAHAN-BAHAN

4- 5 Ekor sotong
(cuci dan potong bulat2)

3 keping tauhu basah
( potong dan goreng )

10 tangkai cili kering*
( potong dan remdan dgn air panas)

4 Ulas bawang merah*

2 Ulas bawang putih*

1 Biji bawang besar

Sedikit belacan*

2 sudu air asam jawa

Sedikit gula & garam


CARA MEMASAK

1. Sangai sebentar sotong untuk membuang air berlebihan. Toskan.

2. Kisar bahan yang bertanda *.

3. Tumis bahan kisar dan masak hingga garing dalam api yang sederhana.

4. Masukkan air asam, gula dan garam secukup rasa.

5. Masukkan bawang besar yang di potong bulat-bulat. 

6. Masukkan tahu dan gaul rata.Biar sebentar agar sambal dan tahu sebati.

7. Akhir sekali masukkan sotong . Gaul rata dan angkat.





3 comments:

Datin El said...

salam azian..nak trylah nanti..anak2 kite mmg hantu sotong..

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi Kak, love mmg penggemar tofu! first time tgk tofu ngan sotong! mesti sedap...mintakkkkk! ;)

azian said...

Salam Datin,
Trylah....saya suka aje....

Hai LOVE,
Glad to c u here...dah habis dah ...kena makan dgn roti.....hehehe...