KLIK KLIK NUFFNANG

Saturday, April 3, 2010

MEE HAILAM



Kebiasaanya aku hanya memasak mee goreng. Tetapi petang ini aku mengubah kebiasaan itu dengan memasak mee hailam pula  sebagai minum petang yang agak berat. Teringat ketika aku masih kecil bapaku sering membawaku ke Seremban untuk menikmati mee hailam . Aku pun tidak tahu apa nama kedai itu dan adakah masih wujud lagi atau tidak.
Kini sekali sekala aku akan menikmati mee hailam di sebuah restoran di hadapan Pasaraya Sogo KL. Jika tidak bersama suami aku akan kesana menaiki LRT bersama teman-teman dan jiran hanya sekadar untuk makan mee hailam!

BAHAN-BAHAN

Sepeket mee kuning

3 Ulas bawang putih

2 Ulas bawang merah

1/2 Inci halia

200 gm daging
(rebus hingga empuk)

100 gm Udang

1 Sudu besar lada hitam

Karot, celery, cauliflower dsb


5 Sudu Kicap pekat & manis
( ditambah jika kurang)

2 Sudu Sos tiram

 2 suduCili sos

Kiub ayam

1 Sudu tepung jagung

CARA MEMASAK

1. Tumbuk bawang putih dan merah serta halia. Tumis bahan yang di tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging yang telah empuk bersama airnya sekali.

2. Masukkan semua jenis sos dan kiub ayam. Biar menggelegak. Masukkan udang.

3. Masukkan sayur-sayuran dan tepung jagung yang telah di cairkan. Akhir sekali masukkan mee dan serbuk lada sulah. Masak hingga kuah agak pekat.

4. Angkat dan hidang bersama cili jeruk.








Petang tadi jalan-jalan kat taman Cik Mat Gebu kita, terpandang sebentuk cincin pemberian dari beliau. Apalagi kita bawa balik lah. Cincin berlian lagi tuu... Kawan-kawan kalau nak cincin berlian tanda persahabatan pergilah ke http://tifinbiru.blogspot.com/



1 comment:

Datin El said...

salam Azian..wow..sedapnya mee hailam akak suke ni ..bak sepinggan..hihi