Monday, April 19, 2010

HARUM MANIS


Pisang lemak manis yang kutanam di belakang rumah telah pun masak ranum. Tempohari aku telah pun membuat jemput-jemput pisang. Masih ada pisang yang berbaki lalu aku membuat kuih harum manis pula. Sengaja aku menggunakan acuan yang kecil-kecil agar nampak comel dan mudah untuk makan.
Kuberi sepiring kepada jiran sebelah untuk memulangkan piring pemberian juadah kepadaku tempohari. Dan memang menjadi rezeki Ariff dan Aisya serta mamanya untuk merasa kuih sentuhan tanganku itu.

BAHAN-BAHAN

2 ketul gula melaka

1 Cawan air

2 Sudu makan butter/marjerine

1 cawan guka pasir
( kurangkan jika tak suka manis)

1 tsp esen vanila

1/2 tsp baking powder

3/4 tsp soda bikarbonat

2 Butir telur (A)

Secubit garam

Pisang secukupnya

240 gm tepung gandum



CARA MEMBUAT

1. Ayak tepung, soda dan baking powder. Ketepikan. Panaskan kukusan. 

2. Masak gula melaka dan air hingga larut. Tapis dan cairkan butter/marjerine kedalamnya.

4. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan vanila dan pukul sebentar.

5. Masukkan tepung berselang seli dengan campuran gula melaka dan butter tadi.

6. Gris acuan dengan sedikit butter. Tuangkan adunan separas 3/4 ac
uan. Letakkan pisang yang telah di potong di tengah-tengah.

7. Kukus sehingga masak atau lebih kurang 15 minit. Sejukkan dahulu sebelum keluarkannya dari acuan.


5 comments:

Datin El said...

salam azian..nampak sungguh menyelakan..akak tak pernah rasalah kuih ni..klu akak jd jiran azian kan best..hehe

MamaFaMi said...

Cantik je Harum Manis Azian...

Dahlia Nawi said...

salam kak azian.
bestnyee rase. cantik.
rasenye mcm mane ek?
kek pisang ke.

azian said...

Salam,

Datin El, jom kita berjiran datin...huhuhu saya duduk rumah teres aje....

MamaFaMi, buat kecil tu psl nampak cantik....

Dahlia Nawi, rasanya seakan akan apam gula hangus. Yg jadi lebih sedap tu ada rasa masam2 pisang tuuu.....

CIKGU ZAM said...

salam kak,
saya mmg puji sikak akak terhadap jiran mcm tu. Itulah yang saya gemar budaya di kampung halaman saya. Lebih2 lagi di bulan Ramadhan, sungguh meriah amalan sedemikian. Bile akak cerita kat blog ni, saya terus dapat bayangkan betapa gembiranya jiran akak semasa menerima kuih tu