Saturday, April 17, 2010

BIHUN HAILAM


Petang khamis lalu sewaktu teman-teman datang kerumah untuk minum-minum petang, aku hidangkan juga

Bihun Hailam sebagai main dish. Selalunya bihun dimasak sekali dengan kuahnya. Dan itulah cara terbaik

untuk mendapatkan rasa yang sebati. Tetapi oleh kerana teman-temanku datang tidak serentak dan kerana

tiada pembantu aku menghidangkannya berasingan. Cuma kuahnya saja yang panas berasap...

Untuk hidangan kali ini aku lebih suka hanya menggunakan daging dan fish ball/fish cake . Ini kerana jika aku

menggunakan seafood juga, rasa daging akan mematikan kemanisan seafood. Selalunya seafood hanya

kugandingkan dengan isi ayam.

Apapun bihun hailam beraroma lada hitam begitu enak digandingkan bersama cili jeruk. Pada kali ini aku

hanya menggunakan cili jeruk instant yang ku beli di Giant. 'Not bad' itulah komen teman-temanku terhadap

cili jeruk itu.To Yati, Yanti, Azu, Shida & Lina tak lupa juga 'mak wo' Dina....tq.

To Amirul anak keduaku, Thanks kerana banyak tolong ibu....

Jom layan resepi Bihun Hailam k....

BAHAN-BAHAN

2 peket daging tetel
( Rebus dalam air sebanyak utk kuah
hingga lembut)

Fish kek/ fish ball

4 Ulas bawang putih*

1 Inci halia*

2 Sudu besar cili kisar

3 Sudu sos tiram

1/2 Cawan kicap pekat

3 Sudu besar kicap manis

beberapa titis minyak bijan

2 Sudu besar tepung jagung

2 Sudu besar lada serbuk lada hitam

Sayur-sayuran
(karot, cauliflower, baby corn dsb)

1 Peket bihun
( Dicelur sebentar saja)

Daun bawang/sup, bawang goreng

Cili jeruk

CARA MEMASAK

1.Tumbuk lumat bahan bertanda*

2. Tumis bahan yang ditumbuk hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing. Jika perlu masukkan sedikit air dan masak kembali cili itu hingga garing.

3. Masukkan daging dan air rebusannya. Begitu juga sos tiram, kicap pekat dan kicap manis.

4. Masak hingga menggelegak dan masukkan pula sayur-sayuran dan fish ball /fish kek.

5. Bila menggelegak, masukkan tepung jagung yang telah dicairkan dan serbuk lada hitam. Tambahkan garam jika perlu. Setelah pekat, masukkan minyak bijan.
( Masukkan bihun waktu ini jika mahu terus makan atau hidangkan kuah dan bihun berasingan)

6. Hidangkan bersama cili jeruk dan daun bawang/sup.




2 comments:

CIKGU ZAM said...

salam kak, ape khabr, semoha akak sentiasa sihat....... alangkah bestnye klu dapat makan menu yg akak tunjukkan tu sekarangg..

azian said...

Salam Cikgu Zam, memanglah begitu rasanya bila jauh dari M'sia. Semuanya nakkkk....