KLIK KLIK NUFFNANG

Monday, March 22, 2010

MEE KUNGFU


Ketika berada di pasaraya Giant di Summit USJ, terpandangkan Yee Mee. Memang agak lama juga aku tidak memasak Mee Kungfu untuk hidangan seisi keluarga. Oleh kerana aku ingin 'clear'kan apa yang ada di dalam peti sejuk, maka hanya terdapat sayur karot dan kobis sahaja. Cukup lah untuk hidangan yang serba ringkas sebagai dinner. Apapun semuanya sudah selesai..... dimakan bersama cili hijau potong dan kicap yang diperah limau nipis. 'pembantu' jurugambar tak sempat hendak mengambil gambar yang sempurna kerana masing-masing mahu segera ngappp.....


BAHAN-BAHAN

Yee Mee
( sepeket)

200 gm isi ayam

10 ekor udang

10 hiris sotong

3 Ulas bawang putih

Sayur-sayuran
(kobis, karot, cauliflower, baby corn, sawi ect)

3 biji putih telur

2 sudu makan tepung jagung

2 Sudu makan sos ikan/sotong

1 Sudu makan sos tiram

1 susdu teh minyak bijan

Sedikit serbuk lada sulah

Cili hijau

CARA MEMASAK

1. Tumbuk bawang merah . Tumis hingga berbau wangi dan masukkan air secukupnya untuk kuah mee.

2. Masukkan udang dan sotong sebentar dan keluarkan udang & sotong. Toskan.

3. Masukkan pula isi ayam, sos ikan/sotong dan sos tiram.

4. Apabila ayam hampir masak, masukkan sayur-sayuran. Gaul sebentar. Masukkan pula garam, sebuk lada sulah dan secubit gula.

5. Cairkan tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan kedalam kuah. Apabila menggelegak masukkan pula putih telur yang telah di pukul sedikit. Kacau sebentar dam masukkan minyak bijan, udang dan sotong. 

6. Tuangkan di atas Yee Mee. Hidangkan bersama cili jeruk atau cili hijau yang di campur kicap dan limau nipis. 



1 comment:

irfano said...

Nyum ... nyum ... menyelerakan ... dah lama tak makan mee kungfu ... semenjak ofis dah pindah ... bila tgk Azyan nyer mee kungfu, terliur di buatnye ..