Friday, February 19, 2010

KETAM LADA BERTELUR


Tempohari sewaktu duk lepak-lepak melepas lelah setelah penat melakukan aktiviti harian di rumah yang tak pernah sudah, aku terlalai seketika menonton rancangan memasak Best Wan di Astro Afc. Khas untuk masyarakat Cina yang menyambut CNY, Chef Wan telah memasak Ketam Lada Bertelur.Tidak sempat menyalin resepinya tetapi ia telah menyumbang idea kepadaku untuk memasak .
Kebetulan pagi semalam selepas sarapan pagi di kedai mamak bersama suami, aku singgah sebentar di pasar basah dan seronok betul bila tenguk ada pula ketam di jual  hari tu....
Jom kita lihat resepi version 'Best Yan'....hehehe.


BAHAN-BAHAN

1 Kilo ketam
(cuci & belah 2)

4 Sudu besar cili kisar

3 Ulas bawang putih*

3 Ulas bawang merah*

2 Sudu sos tiram

1 Sudu sos ikan

4 Sudu sos cili


2 biji telur

1 Cawan air nenas dlm tin
( boleh ganti dgn air asam jawa)

Garam, gula, kunyit



CARA MEMASAK

1. Goreng sebentar ketam yang telah dilumur bersama kunyit dan garam.

2. Tumbuk bahan yang bertanda * hingga lumat.

3. Tumis bahan yang di tumbuk hingga garing. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.

4. Masukkan semua jenis sos masak sebentar. Masukkan air nenas atau air asam jawa. Kacau sebati hingga menggelegak.

5. Masukkan garam & gula secukup rasa.
6. Pecahkan telur dan kacau sedikit telur di dalam bekas lain. Masukkan kedalam kuah yang sedang menggelegak. Kacau cepat-cepat supaya telur tidak berketul-ketul.

7. Masukkan ketam dan gaul rata. Biarkan sebentar supaya ia sebati dan angkat. Hias dengan daun bawang dan ketumbar.

Nota: Daun bawang & ketumbar akan memberi aroma yg lebih enak.




4 comments:

HALAMANKU said...

Salam.. oh kak yan yang comel n rajin...syeedappnyer... nak makan tengahari lauk ketam akak..... akak erma pernah buat n memang syedap..

CT Delima said...

salam yan...sedap nya ct tgk ketam lada bertelur ni. kebetulan hubby pun suka makan ketam ni. lama gak tak masak lauk ketam kat rumah. bole cuba ni yan.

Azian Nd said...

Salam,

Erma, ya lah...anak-anak akak suka betul!

CT,kita pun lama dah tak masak ketam tu yg masak gitu pula. Selalu buat ketam goreng kicap kering aje...

Cikgu Zam said...

mak saya kan, expert sangat masak kari ketam, sssseeeeedappppppppp......hihihih