Sunday, January 17, 2010

KELAS COKLAT








Sebenarnya telah lama aku menyimpan hasrat untuk mempelajari membuat coklat idaman. Kekangan masa telah membantutkan hasratku.Begitu teruja rasanya apabila setiap kali ke kedai menjual alat-alat membaking terutamanya di Bake With Yen( sering ke situ)melihatkan alatan nya dan apabila ku perhatikan ramai yang membeli alatan itu aku sering menyimpan hasrat akan mempelajari teknik menghasilkan coklat dengan design dan perisa kesukaanku.
Kelas yang aku hadiri inipun hampir membantutkan hasratku setelah tarikh sebenarnya ditunda. Akhirnya aku berjaya juga merialisasikan hasratku lantas berjaya membuktikan kepada anak-anakku bahawa ibu mereka juga boleh menghasilkan coklat seperti di kedai...
Berguru dengan Pn Rodziah Ibrahim dan Pn Azlina Long dalam suasana yang santai amat mudah untuk menerima apa yang dipelajari.Mereka yang belajar bersamaku juga semuanya baik-baik belaka dan saling membantu. Apa pun ku abadikan photo bersama ketika selesai sessi pembelajaran dan layan dulu gambar-gambar coklat hasil kerja tangan kami.....        

2 comments:

Mybabah said...

Salam Azian. Entah mengapa semakin tua ni tak berapa teringin nak makan cokelat. Tengok saje sudah terbayang akan kemanisan cokelat tersebut. Mungkin sudah menjadi lumrah alam begitu. Orang kata cokelat tidak menyebabkan diabetes. Betul ke? Belajarlah buat cokelat wafer pula. Saya rasa peminatnya lebih ramai, termasuk saya.

AZIAN said...

Mybabah, Salam...
Sayapun begitu juga..lumrah peningkatan usia. Banyak perkara yang diluar kebiasaan mula berkurangan...Setahu saya cokelat memang bukan penyebab diabetes jika kandungan gula dan pengambilannya hanya sedikit. Insy Allah akan belajar cokelat wafer pula. Anak2 memang sukannya....Tq.