KLIK KLIK NUFFNANG

Monday, January 4, 2010

CUCUR NASI IKAN BILIS



Sebenarnya pagi itu aku terfikir hendak bersarapan di luar sahaja. Tapi bila anak-anak menggunakan sepenuhnya hari terakhir cuti persekolahan untuk 'berehat' dan kebetulan pula ada lebihan nasi maka terlintas di fikiran untuk mencuba resepi cucur nasi yang pernah kubaca di blog teman bloggers. Maka bersarapan lah kami sekeluarga dengan Cucur Nasi Ikan Bilis. .
Sempat juga aku buat maggie goreng sebagai tambahan sarapan pagi itu.

BAHAN-BAHAN:-

Nasi- Kisar bersama air separas nasi.

Tepung gandum

Ikan bilis -rendam & kisar

Bawang cincang

Garam & air

Cara:-

1. Gaul semua bahan seperti membuat cucur biasa. Goreng & Angkat.


No comments: