KLIK KLIK NUFFNANG

Tuesday, December 29, 2009

LEMAK KELI DGN PUCUK GELUGUR



Sekali lagi aku melalui jalan Kuala Pilah Seremban untuk menziarahi keluarga sebelah suamiku. Begitu asyik dengan pemandangan suasana kampung sepanjang perjalanan dari Melaka setelah menghantar anakku ke universiti. Sempat juga suamiku memenuhi keinginan ku untuk membeli ikan & ayam salai yang begitu banyak di jual di sepanjang jalan. Teringat akan pucuk gelugur yang kubawa pulang tentu enak jika di gulai bersama ikan salai.
Walaupun aku bukan orang nogori tetapi masakan mereka cukup ku gemari. Teringatkan gulai ikan talapia bersama mangga muda masakan arwah ibu mertua ku,sehingga kini aku belum  lagi dapat merasakan gulai seenak itu...
Jom lihat resepi Lemak Keli Dgn Pucuk Gelugur ku. Cara memasak yang aku pelajari dari keluarga sebelah suamiku. Begitu simple dan tahan lama kerana tidak menggunakan bawang.

BAHAN-BAHAN:-

5 ekor ikan keli salai

Santan dari sebiji kelapa
( Ambil santan dari dua kali perahan)

6 helai pcuk gelugur
(dihiris nipis dan ramas dengan garam)

10 tangkai cili api
(tambah jika suka pedas)

3 batang serai
(dititik)

1 Inci kunyit hidup


CARA MEMASAK:-

1. Tumbuk kunyit hidup dan cili api hingga lumat.

2. Masak bersama santan dan serai hingga santan mendidih. Santan harus di kacau selalu.

3. Masukkan ikan keli . Kacau lagi. Masukkan pula garam secukup rasa dan pucuk gelugur yang telah dicuci dan diperah air nya. Kacau lagi sebentar sehingga mendidih dan angkat.









1 comment:

deeja said...

Salam akak...
Masak lemak tu sedapla..kalo mask org belah n9 msti pedas2,smpai leleh air mata...tp best..kalo prut xtahan mau mergm dibuatnyer..
Oh ye kak,mee bnjir tu kat k.sptng tu le..nnti next n3,deeja tnjuk ye...