KLIK KLIK NUFFNANG

Friday, December 11, 2009

KUEY TEOW GORENG



Kuay Teow memang menjadi kegemaran kami seisi keluarga. Selalunya apabila aku memasak Kuay Teow akan ku pastikan ianya agak kering sedikit kerana itulah kegemaran anak-anak ku. Sering juga menikmatinya di luar dan anak-anak seringkali meminta untuk makan Kuay Teow goreng di Carlos Jr 2 di Usj. Selalunya kami akan ke sana waktu malam untuk merasai meriahnya orang ramai makan dan minum terutamanya malam minggu. Jom kita lihat resepi yang sering ku masak untuk keluargaku....

BAHAN-BAHAN

1 Bungkus Kuay Teow

3Ulas bawang putih

2 Sudu cili kisar

2  Sudu sos tiram

1 Sudu sos cili

4 Sudu kicap pekat

2 Sudu kicap cair

2 Sudu kicap manis

1 Sdu kecil minyak bijan.

2 Keping fish kek

2 Keping tauhu
(goreng & potong slice)

200 gm udang

200 gm isi kerang

2 genggam taugeh

Secekak daun kucai

4 Biji telur.

CARA MEMASAK

1. Tumbuk/cincang bawang putih. Tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili agak garing.Masukkan sos tiram dan cili sos. Gaul rata.

2. Masukkan udang serta fish cake yang telah di hiris kasar  dan kacau rata. Masukkan pula Kuay Teow . Gaul rata.

3. Masukkan kesemua jenis kicap dan kacau rata. Pecahkan telur dipermukaan kuali . ratakan. Apabila telur agak mengeras, gaul rata bersama Kuay teow.

4. Masukkan pula daun kucai dan kerang. Kacau sebentar. Akhir sekali, masukkan tauhu dan taugeh serta sedikit minyak bijan. Gaul rata dan angkat.


3 comments:

CIKGU ZAM said...

salam,
kak saya baru semalam makan kuew tiow bali kat gerai, emm best jugak,.Setiap nak pasti sangat cintakan masakan bondanya,

blogresipi.com said...

Salam,

Nampak menyelerakan koey teow goreng akak. kami dulu selalu juga keluar makan koey teow goreng kat kedai. sedap!

kami dah tambah link akak. :)

AZIAN said...

SALAM,

C.Zam, memang benar...air tangan ibu mengatasi segalanya ....

Blogresepi, Tq....