Monday, December 21, 2009

AIR LONGAN



Dalam cuaca yang agak panas buah longan sering menjadi pilihan untuk di jadikan minuman penghilang dahaga. Selalunya aku hanya menggunakan buah longan di dalam tin. Tetapi kali ini 'terlebih' lah rajinnya dan ingin menikmati air yang lebih enak menggunakan longan kering . Sungguh enak dengan campuran gula melaka yang baru saja ku beli ketika cuti-cuti Malaysia ke Melaka tempohari. Cara memasak air longan ini ku pelajari dari temanku Linda yang rajin dan pandai memasak.Tq Linda. Selain di minum begitu saja, ianya enak juga di jadikan bahan asas untuk Len Chee Kang.

BAHAN-BAHAN:-

Longan kering

Daun pandan

Gula batu

Gula Melaka

Air

Campurkan semua bahan dan masak secara merenih hingga pekat. Sejukkan. Campurkan air kosong dan ais
 apabila mahu di buat minuman.

5 comments:

LOVE2COOK said...

Love haus la kak!!! Nak segelas Air Longan tuh...hehex :)

HALAMANKU said...

Kak yan...Syedapnyer..erma suka minum air ni... lagi mudah kalau g pasar malam... tang longan kering tu nak bli kat mana? pasar malam?

Noorma Ismail said...

oooo...cenggitu yer buat air longan, slama ni beli jer kat luar, lom pernah buat lagi...tp mana nk cari longan kering tu yer? kat kedai ubat cina ker??

ain said...

sedapnya air longan minum time tgh pns2 ni!!!

AZIAN said...

Salam,

Ain,
Ye Ain, kalau minum sejuk dan manis aje kat tekak.

Noorma,
Kat kedai Sin Seh ada. Hari tu ada nampak kat Bake with yen Bandar Puteri..

Erma,
Klu buat sendiri tentu tak mau yg pasar mlm lg dah...

Love,
Nanti akak hidangkan yea...hehehe