Sunday, November 15, 2009

SAMBAL SOTONG


Bertemu lagi... sejak seminggu ini cuaca selalunya redup aje. Jom kita ceriakan ia dengan hidangan yang 'panas' dan 'terang. Kebetulan stok sotong masih banyak di dalam fridge. Dan istimewanya sotong ini telah di'sempurna' kan oleh suami dan anak-anakku. Untuk kami seisi keluarga, sambal sotong hanya mendapat sambutan jika sambalnya kurang pedas. Selalunya sotong digoreng tepung halus-halus atau di buat Bbq.
Jom kita lihat bagaimana sambal sotong version berkuah dariku....




BAHAN DIPERLUKAN:-


1/2 Kilo sotong 


5 Ulas bawang merah*


2 ulas bawang putih*


10 tangkai cili kering*
( rebus/rendam dlm air panas)


1/2 Inci belacan


3 Sudu besar air asam jawa




CARA MEMASAK:-


1. Bersihkan sotong dan tos kan airnya.


2. Kisar bahan yang bertanda*.


3. Tumis bahan kisar hingga garing. Tambahkan sedikit air dan masak kembali bahan kisar hingga agak garing.


4. Masukkan garam dan gula serta air asam jawa. Biarkan ia masak hingga benar-benar pekat/garing.


5. Masukkan sotong dan pastikan ia tidak dimasak terlalu lama supaya sotong tidak liat.


2 comments:

ain said...

kat umah saya pun, klu buat apa2 sambal, tak boleh pedas2. semua tak tahan pedas.hehe

psst...cantik cara sotong tu dikelar2.

AZIAN said...

Ain, senang juga kan bila semua tak makan pedas ni...
Sotong tu orang lelaki yang siang....