KLIK KLIK NUFFNANG

Tuesday, November 3, 2009

HARUM KESIDANG



Setiap kali melangkah kearah halaman rumahku pasti akan disambut oleh bauan lembut wangi kesidang. Dan aku begitu menggemari saat tiap pagi membuka pintu hadapan rumahku. Dalam keheningan pagi yang redup dan suram deria bauku pasti akan di sapa oleh wangian kesidang.Begitu mendamaikan...
Kesidang panggilan yang biasa didengar atau Kerak Nasi bagi masyarakat sebelah utara . Vallaris Glabra merupakan panggilan sainstifiknya berwarna putih bersih dan mengeluarkan haruman seperti 'bunga rampai'.
Sengaja aku menempatkan ia di atas pagola di halaman masuk kerumahku agar setiap insan yang datang dan kami anak beranak serta jiran sebelah menyebelah dapat menikmati harumannya apabila bersantai di halaman.

Walaupun begitu pernah berlaku suatu ketika rumahku 'black out' dan mendapat khidmat TNB. Kebetulan berlaku pada waktu tengah malam. Pekerja TNB itu agak curiga dengan bauan yang di hidunya lalu suamiku bertanya mengapa? Katanya orang tua kata jika ada bau wangi ada 'sesuatu' Lalu suamiku menyarankan agar pekerja TNB itu menghidu bunga kesidang yang sememangnya harum semerbak.Barulah nampak 'lega' di wajah nya.Wallahualam..hanya Allah yang tahu ..dan dirumahku sememangnya dipenuhi dengan bunga-bungaan yang mewangi ....

No comments: