KLIK KLIK NUFFNANG

Monday, October 5, 2009

SAMBAL TERUNG





Terong adalah sayuran yang digunakan oleh berbagai kaum di Malaysia. Terdapat berbagai
berbagai cara masakan yang dimasak mengikut kaum tertentu. Jika terung bulat selalunya di
gunakan oleh kaum India untuk di masak kari dan asam pedas oleh kaum melayu.
Terung panjang pula dilekatkan bersama campuran ikan dan tepung ubi untuk di buat steambot
oleh kaum Cina. Bagi aku terung selalunya di masak asam pedas bersama ikan, di masak gulai
tauchu, kari , kerabu/lawa atau di masak sambal.
Kali ini aku ingin berkongsi resepi masakan yang selalu ku masak iaitu Sambal terung.


BAHAN-BAHAN
BAHAN A
2 Biji terung panjang
(dipotong dan digoreng sebentar)
Garam, gula & perasa
1 Biji limau kasturi
BAHAN B
3 Sudu besar udang kering
(rendam)
4 Ulas bawang merah
2 Ulas bawang putih
3 Biji cili merah
CARA MEMASAK:-
1. Tumbuk kasar bahan B.
2. Tumis baham B sehingga agak garing.
3. Masukkan garam, perasa dan gula. Kacau rata.
4. Tuangkan ke atas terung yang telah digoreng tadi.
5. perahkan limau di atasnya.

1 comment:

Noorhodza said...

Wahh, ada sambal terung... sedap!!