KLIK KLIK NUFFNANG

Wednesday, October 21, 2009

MURTABAK DAGING




Hari ini bangun awal sedikit kerana teringat hendak buat murtabak dari lebihan inti karipap yang ku buat

semalam. Sebenarnya bukan 'lebihan' pun...saja aje tinggalkan sedikit dalam peti sejuk kerana hendak

mencuba membuat murtabak menggunakan kulit popia sebagaimana yang kudengari dari beberapa orang

rakan.

Ternyata anak-anak dan suami sukakannya. Teringat kisah silam ketika zaman remaja , aku pernah beberapa

kali cuba membuat roti canai sendiri tetapi hasilnya 'macam kulit kaki' kata abahku... Sehingga hari ini aku

tidak pandai membuat roti canai. Mungkin kerana tidak pernah mencuba lagi.... Apapun pasti aku akan

belajar dan terus belajar. Dengan menggunakan kulit popiah ini hasilnya sudah tentu jadiiii......

BAHAN-BAHAN:-

Inti karipap

Kulit Popiah

Telur

Minyak sapi

Bawang besar

Sedikit sirap/pewarna merah

limau nipis

CARA MEMASAK:-

1. Pecahkan beberapa biji telur kedalam inti karipap.(tambah bawang besar yang dipotong kiub dan kacang pea jika suka)

2. Letak inti di tengah-tengah kulit popiah dan lipat kiri, kanan ,atas dan bawah nya. Letak sehelai lagi kulit popiah di atasnya dan terbalik kan. Ulangi melipat kulit popiah dengan kemas.

3. Panaskan kuali leper yang telah dilengserkan dengan sedikit minyak sapi. Goreng murtabak hingga garing di kedua-dua belah permukaan nya. Tambahkan minyak sapi atau minyak masak.

4. Hiris bawang besar dan rendam ke dalam sedikit sirap bercampur limau nipis. Hidangkan bersama murtabak.

No comments: