KLIK KLIK NUFFNANG

Monday, October 19, 2009

CUCUR UDANG




Gambar ini sebenarnya diambil sewaktu bulan ramadhan tempohari. Memandangkan masa tidak mengizinkan

baru kini dapat memenuhi ruang blog ku ini. Menjadi kuih kegemaran setiap ahli keluargaku menjadikan satu

cabaran bagiku untuk mencari resepi  yang menepati selera mereka. Jika suami ku sering memuji resepi kuih

yang di hasilkan oleh kakaknya, anak-anak selalunya memihak kepadaku terutama anak keduaku Amirul

yang ketika aku menghasilkan cucur udang itu mengatakan bahawa kuih ibu juga yang sedap... Biasalah anak

yang telah menjamah masakan ibunya sejak berbelas tahun, sudah tentulah telah sebati dengan air tangan

ku...Cuma aku tidak pernah merasa dan melihat bagaimana rupa kuih buatan kakak iparku lantas aku tiada

idea bagaimana atau apa yang dikatakan enak itu. Apapun jika tidak menghasilkan sendiri, aku gemar

membeli di sebuah warung tepi jalan yang terletak di jalan pintas menuju ke Setapak/Sri Rampai dari Jalan

Gurney. Pasti tidak melepaskan peluang jika lalu di situ sekali sekala apatah lagi setelah berpindah ke

Puchong. Jom kita lihat resepiku...

BAHAN-BAHAN

1/2 Kilo tepung gandum

1/2  Kilo udang basah

Segenggam taugeh

Secekak daun kucai

Sedikit udang kering

1 Camca teh soda bikarbonat

1 Biji telur

Sedikit garam dan kunyit serbuk/pewarna kuning


CARA MEMBUAT

1.  Pisahkan kepala udang dan cuci bersih. Rebus kepala udang dengan 1 litter air dan tapis. Ambil airnya sahaja.

2.  Potong daun kucai dan siang ekor taugeh.

3.  Masukkan kesemua bahan kecuali udang dan ramas rata. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.

4. Biar selama lebih kurang 3 jam .

5. Rendam senduk di dalam minyak panas. Tuangkan adunan dan letak udang di atasnya. Tenggelamkannya di dalam minyak panas. Kuis sedikit dari senduk dan ulangi proses yang sama sehingga habis.


SOS CILI


BAHAN-BAHAN

5  Biji cili merah

1  Ulas bawang putih(kecil)

Sedikit sos cili

Garam dan gula

CARA MEMASAK

1. Kisar cili merah dan bawang putih.

2. Panaskan sedikit minyak dan tuangkan cili kisar. Masak sehingga agak pekat.

3. Masukkan sos cili, garam dan gula. Angkat.

Nota: Sos cili hanya pilihan. Jika ikut resepi ibuku, tidak perlu letak sos cili .

No comments: