KLIK KLIK NUFFNANG

Monday, September 14, 2009

SAMOSA IKAN








Pertama kali makan samosa merupakan pemberian ibu kepada jiran ku. Ianya amat digemari

oleh kami seisi keluarga. Memandangkan ia merupakan makanan dari bahagian pantai timur

Malaysia, maka kebanyakan makanannya menggunakan asas ikan.

Memandangkan telah agak lama tidak menikmati kuih samosa ini dan N3 Karipap Sardin dari

Inahar's Cooking Time yang mengingatkan aku tentang samosa ini membuatkan aku seakan

terpanggil untuk membuatnya.Jom kita lihat bagaimana proses membuatnya....

BAHAN-BAHAN:-

INTI

5 Ekor ikan selar
(rebus,asing isi dgn tulang, tumbuk.)

5 Ulas bawang merah

2 Cawan santan pekat

sedikit lada hitam

sedikit asam gelugur.


KULIT SAMOSA

1/2 Kilo tepung gandum

1/2 Cawan marjerine

Air + garam


CARA MEMBUAT

1. Untuk inti tumis bawang yang telah ditumbuk. Masukkan semua bahan yang lain . Tambahkan garan dan perasa. Masak sehingga kering. Angkat dan sejukkan.

2. Kulit- Gaul marjerine bersama tepung . Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Rehatkan doh sebentar.

3. Canaikan doh nipis-nipis dan terap dengan acuan bulat. Isikan inti dan telur rebus yang telah dipotong bulat-bulat. Kelim dan goreng dengan api yang perlahan.


No comments: