KLIK KLIK NUFFNANG

Thursday, September 10, 2009

MASAK LEMAK LALA



Lala adalah salah satu 'seafood' kegemaran kami seisi keluarga. Selalunya anak-anak meminta

untuk dimasak kicap atau sweet sour. Tetapi kali ini aku memilih yang berkuah iaitu masak

lemak. Amat menggemari masakan masak lemak lala yang di jual di Restoran Tuan Faridah,

maka kali ini aku memasaknya begitu berbanding dengan cara masak lemak yang sering aku

gunakan.



BAHAN-BAHAN

1 Kilo lala
(cuci bersih)

1/2 Kilo santan

15-20 biji cili api

1 Keping asam gelugur

Garam & perasa


DIKISAR


6 Ulas bawang merah

2 Ulas bawang putih

1 1/2 Inci Halia

1 Inci kunyit hidup

1 1/2 Inci lengkuas

5 Batang serai


CARA MEMASAK:-

1. Masak santan bersama bahan kisar dengan api sederhana hingga mendidih.

2. Masukkan lala dan masukkan pula asam gelugur , garam, dan perasa.

3. Apabila lala mula terbuka, tutup api dan angkat serta hidang.

No comments: