KLIK KLIK NUFFNANG

Monday, September 7, 2009

LAKSA GORENG


Laksa memang terkenal di utara tanah air. Terutamanya Laksa Penang. Ia juga merupakan

kegemaranku walaupun aku bukan orang 'utara'. Selalunya apabila mee laksa tidak habis

aku menggorengnya seperti mee biasa dan anak-anak juga menyukainya. Kebetulan salah

seorang dari teman memberi laksa kering halus dari negara jiran. Keadaan rupa yang besar

sedikit dari bihun biasa lebih enak di goreng dari mee laksa biasa. Kali ini aku memang sengaja

mencelur mee laksa itu untuk dibuat goreng.


BAHAN-BAHAN:-

Mee laksa

Isi ayam

Udang

Fish cake

sawi

5 Ulas bawang merah

3 Ulas bawang putih

3 Sudu besar cili kisar

Sos tiram

Kicap cair & kicap manis

2 Sudu cili sos


CARA MEMASAK:-

1. Celur laksa hingga lembut dan toskan.

2. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar/tumbuk hingga garing. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.

3. Masukkan sos tiram , sos cili serta kicap cair dan kicap manis. Kacau rata.

4. Masukkan pula isi ayam, udang dan fish cake. Kacau rata. Masukkan pula sayur-sayuran .

5. Masukkan mee laksa dan gaul rata. Tmbahkan garam dan perasa. Angkat.

1 comment:

Sofia said...

Sedapnyerrrrr..... Lapar perut kita ni kak :)