KLIK KLIK NUFFNANG

Wednesday, September 2, 2009

DAGING HITAM MANIS



Ini bukanlah masakan hari ini tetapi tak sempat nak post. Memang sebelum ini aku pernah

memasak masakan yang sebegitu tetapi cara penyediaannya berlainan. Kira ini adalah percubaan

pertamaku untuk daging hitam manis. Hanya untuk mencuba, aku memasak sebanyak 1 kilo.

Apabila tiba waktu bebuka, anak keempatku Imran asyik meratah sahaja daging itu setelah Nasi

Tomato nya habis. Saja aku bertanya mengapa asyik meratah daging tu? Dia kata " Aby suka

daging tu sedap!" Nampak gayanya selepas ini aku kenalah masak 2 kilo pula!......


BAHAN-BAHAN:-

1 Kilo daging

5 Sudu besar kicap manis

1 Biji bawang besar

Kismis(jika suka)

Air Asam Jawa


BAHAN DIKISAR.

10 Ulas bawang merah

5 Ulas bawang putih

1 Inci halia

2 Senduk cili kisar

1 Sudu jintan manis

1 Sudu jintan putih

1 Sudu ketumbar



CARA MEMASAK:

1. Rebus daging sebentar dan toskan. Hiris daging nipis-nipis dan tumbuk satu persatu. Goreng daging hingga agak garing.

2. Tumis bahan yang di kisar hingga garing. Masukkan kicap.

3. Masukkan pula daging dan sedikit air asam jawa.

4. Masukkan pula bawang besar dan kismis. Masak hingga kering.


No comments: