KLIK KLIK NUFFNANG

Thursday, September 3, 2009

CHAP CHOY GORENG



Hari ini just nak goreng sayur apa yang ada di dalam peti sejuk. Hanya sayur Chap Choy yang

tinggal. Tentu sedap digoreng bersama udang dan fish cake. Makan panas-panas. Sayur ni walau

di gandingkan dengan masakan apa pun sesuai.Cara memasaknya pun amatlah mudah.


BAHAN-BAHAN:-

Sayur Chap Choy

Hirisan cili merah

2 Ulas bawang putih

Isi udang

Fish Cake

Sos tiram

Kicap cair


CARA MEMASAK:-


1. Cuci dan siang sayur.

2. Tumbuk/cincang bawang putih.

3. Tumis bawang dengan sedikit minyak hingga garing. Masukkan sedikit air, sos tiram dan

sedikit kicap cair.

4. Masukkan pula isi udang dan fish cake serta batang Chap choy. Akhir sekali masukkan daun

chap choy dan cili . Masak sebentar. Tambah sedikit gula dan perasa(jika suka). Angkat.

No comments: